Buletin

TOYOTA CATAT JUALAN 8,033 UNIT PADA SEPTEMBER. MELONJAK 223% BERBANDING OGOS

UMW Toyota Motor (UMW Toyota Motor) mengumumkan bahawa ia berjaya mencatat jualan keseluruhan sebanyak 8,033 unit sepanjang September, berbanding 5,509 unit pada Ogos. Jumlah itu merangkumi 7,931 unit Toyota dan 102 model Lexus. 

Angka tersebut juga ialah 43 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun 2020 yang hanya mencatatkan jualan 5,605 unit kenderaan sahaja.

Secara kolektifnya, jualan semasa tahunan (year-to-date) bagi kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia mencecah 43,594 unit pada penghujung September. Bagi tempoh sembilan bulan pertama pada 2020, jualan hanyalah sebanyak 25,978 unit. 

Ia menjadi petunjuk jelas mengenai impak negatif berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada separuh kedua tahun 2020.

“Kami sangat gembira melihat pasaran mula kembali normal. Bilik pameran dibuka dan menerima kunjungan ramai pelanggan setiap hari. Hasilnya, jualan keseluruhan bagi September untuk Toyota dan Lexus melonjak 223 peratus berbanding Ogos,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Bagi menarik minat orang ramai kembali mengunjungi bilik pameran, UMW Toyota Motor kini  menganjurkan promosi “Kunjung & Menang” dengan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000. 

Tiada pembelian perlu dibuat. Pelanggan boleh mengambil bahagian dengan hanya berkunjung ke bilik pameran sah, ambil gambar dan muat naik ke media sosial seperti Facebook dan Instagram berserta kapsyen. Kemudian, maklumkan kepada UMWT URL hantaran terbabit agar ia boleh dinilai.

38 hadiah yang ditawarkan termasuklah hadiah utama iPhone 12 (64 GB), dua hadiah tempa kedua berupa TV Samsung 4K LED 55-inci dan dua hadiah ketiga, pengering rambut Dyson Supersonic. 

Hadiah saguhati pula terdiri daripada kerusi TT Racing Maxx untuk gaming, headphone Bose Quiet Comfort 35 tanpa wayar, papan kekunci gaming Kingston Hyper X, alat sanitasi udara mudah alih untuk kereta Philips dan kad Touch N’ Go kustom dengan nilai RM100. Semua yang berkunjung ke bilik pameran juga akan menerima Safety Kit (selagi stok masih ada).

Mereka yang merancang untuk membeli kenderaan baharu Toyota pula boleh menikmati ansuran bulanan rendah dengan Toyota EZ Beli. Untuk kakitangan kerajaan, UMWT ada program Jom Drive (kerjasama Toyota Capital Malaysia) yang menawarkan manfaat istimewa dan pilihan pelan pembiayaan. 

Permohonan dengan dokumen sokongan mudah akan diproses segera agar pembeli boleh menikmati kenderaan Toyota baharu mereka dalam masa yang singkat.

Google ads
Back to top button