Buletin

MISUBISHI TAWAR PENGHANTARAN KERETA BAHARU KE RUMAH

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini melancarkan Perkkhidmatan Pengharan ke Rumah yang membolehkan pelanggan memilih kenderaan baharu mereka dihantar terus ke rumah. 

Memandangkan ancaman COVID-19 masih ada, MMM menjadi antara jenama automotif pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman pembelian secara dalam talian, pandu uji, bantuan tempahan dan penghantaran terus ke rumah. 

“Ketika Malaysia mula beralih ke fasa endemik, MMM berusaha untuk memastikan perkhidmatan digitak kami dipertingkatkan demi kemudahan dan keselamatan pelanggan. Kami ingin memberi pilihan kepada pelanggan untuk membeli kenderaan secara dalam talian yang menyeluruh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. 

Perkhidmatan penghantaran itu dimulakan di kawasan Lembah Klang sebelum dikembangkan ke lokasi lain tidak lama lagi. 

Ia hanya ditawarkan kepada pelanggan yang menempah dan mendaftar kenderaan Mitsubishi di platform: \https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/ 

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2021, pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Triton dengan kod promo 4SUREBELI menerusi Mitsubishi Online Showroom akan menerima sehelai jaket North Face edisi terhad. 

Google ads
Back to top button