Buletin

TOYOTA INNOVA 2.0X, 2 VARIAN BAHARU FORTUNER & HILUX KINI MULA DIJUAL – BERMULA RM87,200

UMW Toyota Motor hari ini memulakan jualan model Toyota Innova 2.0X, varian-varian baharu Toyota Fortuner dan Toyota Hilux yang telah dinaik taraf.

Boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara, harga model-model tersebut adalah seperti berikut:

  • Toyota Innova 2.0X – RM132,800
  • Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4×4 – RM195,800 | Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4×2 RM185,800
  • Toyota Hilux – from RM87,200 – RM130,900

Toyota Innova 2.0X ialah penambahan varian baru dalam rangkaian Innova. MPV itu kini mempunyai gayaan crossover, tetapi mengekalkan ruang kabin yang luas dan fleksibel.  

Dengan Innova 2.0X, UMW Toyota Motor dilihat telah menaik taraf MPV itu agar lebih premium menerusi beberapa ciri seperti lampu LED, pakej tempat duduk kombinasi kulit, tempat duduk pemandu boleh laras, tempat duduk kapten untuk baris kedua dan rim aloi lebih besar.

Varian baharu Toyota Fortuner

Varian enjin turbodisel pada Fortuner – dFortuner 2.4 VRZ 4×4 dan Fortuner 2.4 VRZ 4×2 memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Sama seperti Fortuner 2.7 SRZ 4×4, kedua-dua varian baharu ini hadir bersama ciri lampu projektor Bi-LED, Vehicle Stability Control (VSC), tujuh beg udara, pendingin hawa automatik, tempat duduk kulit dan pintu belakang kuasa. Turut ditambah ialah lampu kabus hadapan LED dan kawalan jelajah.

Bagi varian pacuan empat roda (Fortuner 2.7 SRZ 4×4 dan Fortuner 2.4 VRZ 4×4), ia kini dilengkapi ciri Downhill Assist Control (DAC). Semua varian juga dinaik taraf dengan brek cakera belakang.

Toyota Hilux facelift

Bagi Hilux yang menjadi trak pikap terlaris di Malaysia selama 12 tahun, penambahbaikan merangkumi ciri kawalan jelajah, pendingin hawa automatik, port USB, dan corong pendingin hawa untuk penumpang belakang.

Vehicle Stability Control (VSC), HAC dan A-TRC kini telah ditambah pada Hilux 2.4G bertransmisi manual. Varian Hilux 2.8G pula dilengkapi ciri Downhill Assist Control (DAC) untuk membuatkan urusan menuruni bukit curam lebih selamat. Aspek keselamatan ditingkatkan lagi dengan tujuh beg udara pada varian 2.4G AT.

Hadir dalam enam varian, ia mampu memenuhi keperluan dan bajet pengguna yang pelbagai.

Semua model baharu UMW Toyota Motor didatangkan dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had (tertakluk kepada terma dan syarat). Sementara jaminan untuk Hilux adalah selama lima tahun dengan perbatuan sejauh 150,000km.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.toyota.com.my atau hubungi talian: 1800-8-TOYOTA (869682).

GALERI

Google ads
Back to top button