Artikel Pilihan

DAPUR BERGERAK TERMAHAL DI DUNIA MILIK ‘THE NAKED CHEF’

Apa untungnya menjadi orang kaya dan terkenal? Banyak, satu daripadanya ialah anda boleh meminta syarikat pengeluar kenderaan mengeluarkan kenderaan khusus mengikut keinginan anda. Faham tak korang yang bangga dengan kereta atau motosikal edisi terhad ke 500,000 di luar sana.

Jamie Oliver ataupun dikenali sebagai The Naked Chef merupakan seorang chef dan selebriti masakan terkenal yang mempunyai slot rancangan sendiri dalam Discovery Channel. Kini untuk rancangan terbaru, beliau telah bergabung dengan Land Rover untuk menghasilkan sebuah kenderaan antara paling ‘mengarut’ pernah dihasilkan.

Land Rover Discovery isitimewa ini merupakan sebuah projek one-off dan dihasilkan oleh Jaguar Land Rover Special Vehicle Operation untuk menukarnya menjadi sebuah dapur yang paling lengkap di atas jalan raya.

Modifikasi bermula dari bahagian kenderaan lagi di mana logo Land Rover pada bahagian gril hadapan boleh ditolak ke tepi untuk membolehkan Oliver menggunakan satu soket kuasa yang terlindung. Ia boleh digunakan untuk menghidupkan pembuat pasta ataupun memutarkan pemanggang sewaktu ingin membuat barbcue.

Bukan itu sahaja, bahagian bawah penutup bonet hadapan juga menempatkan satu unit slow cooker berkapasiti 4.7-liter. Jika diperhatikan dengan teliti, anda akan dapati ada container aneh pada bahagian rim berbentuk bulat. 3 daripadanya digunakan untuk memutarkan mentega untuk kegunaan Oliver manakala unit yang keempat pula menempatkan ramuan khusus untuk membuat aiskrim. (Harap jangan la SUV ni pergi ke laluan off-road. Berselera ke nak telan benda yang ada dekat roda?).

Ciri unik di bahagian dalam ialah pembakar roti pada bahagian konsol tengah dan ruang simpanan jem buah-buahan di sebalik suis kawalan penyaman udara. Bukan hanya itu, Discovery ini turut mempunyai kebun herbanya sendiri selain rak untuk botol-botol rempah dan bahagian dapur yang boleh digelongsor keluar ke belakang siap dengan dapur gas, meja makan, sinki dan televisyen bersaiz 40 inci.

Menurut Oliver beliau telah mencabar Land Rover untuk memenuhi semua permintaan beliau dan hasilnya memang di luar jangkaan. Discovery ini dihasilkan dengan menepati citarasa mereka sekeluarga dan semua cukup sukakannya. Ia juga sesuai untuk melakukan kembara kuminari sekeluarga ke mana saja.

Oliver akan menayangkan SUV baru beliau ini dalam saluran Youtube dalam tiga episod. Best kan jadi selebriti? Ada tak mana-mana syarikat yang nak custom kereta untuk Pak Amid? Dia tak minat masak tapi minat lepak kedai mamak.

GALERI:

 

Google ads
Back to top button