Buletin

TOYOTA RAI PENGHUNI TRINITY & ST. BARNABAS

UMW Toyota Motor baru-baru ini menganjurkan program sambutan Krismas serta cuti sekolah dengan kanak-kanak dari Pusat Kanak-kanak Trinity di Petaling Jaya dan St. Barnabas Home, Klang.  

UMW-Toyota-Motor-christmas-mekanika (1)

Program tersebut adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) UMW Toyota Motor yang bertujuan menyemai semangat sukarelawan dan khidmat masyarakat dalam kalangan kakitangannya.

Lebih 20 orang sukarelawan daripada UMW Toyota Motor melayani 40 kanak-kanak untuk membeli-belah di Paradigm Mall. Kanak-kanak yang berusia dari enam hingga 17 tahun nyata sangat gembira apabila berpeluang membeli pakaian dan permainan, di samping menikmati jamuan makan malam.

“Biarpun rumah-rumah kebajikan ini menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan, namun bukan mudah untuk mengisi kekosongan emosi yang mereka alami, terutama pada musim perayaan. Justeru, kami harap dengan aktiviti seperti ini dapat memberi impak positif kepada semua peserta,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Pusat Kanak-kanak Trinity di Petaling Jaya dan St. Barnabas Home sangat mengalu-alukansumbangan daripada anda. Maklumat lanjut, sila hubungi George Walters (St. Barnabas) di talian 017-3206736 / 03-3371 6984 dan Cik Mary Moses (Trinity Home) di nombor: 016-2427775 / 03- 77813905.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button