Pandu Uji

FORD FOCUS EDISI KHAS

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan pengenalan Ford Focus Edisi Khas yang tampil dengan pelbagai penambahbaikan. 

Ford-Focus-SE-mekanika (1)

Ford Focus Edisi Khas akan berada di semua bilik pameran Ford di Semenanjung Malaysia untuk satu tempoh terhad.

Tampil tersendiri dengan reka bentuk yang kemas dan sporty, Focus sememangnya sebuah jentera yang seronok dipandu, jimat bahan api serta memiliki pakej keselamatan komprehensif. Ia juga sarat dengan teknologi pintar yang tiada tandingan dalam kelasnya.

Ford-Focus-SE-mekanika (2)

Didatangkan dalam warna biru dan putih, Ford Focus Edisi Khas ditawarkan pada harga RM131,888 seunit (di atas jalan termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja). Ia juga hadir bersama beberapa ciri tambahan yang istimewa seperti body kit penuh, lampu nyalaan siang (DRL), pelekat Edisi Khas karpet Sports dan tempat duduk dibalut kulit.

Dengan jualan mencecah 10 juta unit sejak diperkenalkan pada tahun 1998, Focus kini merupakan model paling laris di dunia. Ia menjadi kereta pilihan pengguna di seluruh dunia berikutan nilainya yang luar biasa, selain menawarkan keselesaan, keselamatan dan seronok dipandu.

Ford-Focus-SE-mekanika (3)

Focus menggunakan enjin Duratec 2.0-litre Ti-VCT GDi yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 170 PS dan tork maksimum 202Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik Ford PowerShift enam kelajuan terkini.

Ford Focus Edisi Khas hadir turut bersama Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP) untuk menawarkan ketenangan minda kepada para pelanggannya. ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button