,
Buletin

TOYOTA RAIZE. KEMBAR SUV BAHARU PERODUA DIDEDAHKAN LEBIH AWAL?

Sebelum ini, Mekanika Malaysia ada membuat laporan video tentang sebuah SUV Daihatsu yang muncul pada acara Tokyo Motor Show 2019.

Ia mendapat perhatian ramai kerana Daihatsu tidak memberinya nama. Sebaliknya hanya mahu dikenali dengan kod nama D55L. Biarpun begitu, timbul laporan baru yang menyatakan bahawa SUV itu bakal diberi nama Rocky.

D55L dikatakan bakal menjadi SUV baharu untuk pasaran Malaysia dan dijangka diperkenalkan pada tahun depan atau selewat-lewatnya 2021.   

Tonton videonya di sini:

Kini, secara tiba-tiba pula Toyota mendedahkan model SUV kompak Raize. Raize dilapor berkongsi platform, panel badan, enjin dan rekaan dalaman SUV Daihatsu Rocky?D55L.

Raize/Rocky/D55L yang dibangunkan di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu sebenarnya merupakan jelmaan model konsep DN Trec yang dipamerkan buat pertama kali di Tokyo Motor Show 2017.  

DNGA ialah versi murah platform modular Toyota New Global Architecture (TNGA)

SUV itu bagaimanapun dibezakan dengan gril trapezoidal besar bersama kemasan mesh yang membuatkannya kelihatan seperti sebuah RAV4 mini. Ia juga menerima perumah lampu kabus dan lampu nyalaan siang LED.  

Bahagian belakang pula diserlahkan dengan sepasang lampu LED yang diposisikan secara horizontal bersama jalur LED pada bar krom yang tebal. Sementara cladding pada bahagian bawah dan jarak kelegaan tanah yang tinggi menyerlahkan lagi imejnya sebagai sebuah SUV.

Raize menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan tayar tebal. Toyota dijangka memasang Raize dengan banyak aksesori seperti bodykit, pakej TRD dan sebagainya.  

Di ruang kabin, Raiza akan menggunakan susun atur yang sama dengan Rocky. Antara persamaannya ialah kemasan brushed aluminium pada corong pendingin hawa dan stereng. Satu skrin paparan infohibur bersaiz 8.0 inci juga diletakkan di konsol tengah.  

Raize menggunakan khidmat enjin 1.0 liter tiga-silinder sebaris 12 injap DOHC intercooler turbo bersesaran 996cc. Dipadankan dengan kotak gear CVT atau manual enam kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sekitar 98PS dan tork maksimum 140Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke menerusi sistem pacuan roda hadapan (2WD).

Disasarkan kepada pengguna di pasaran membangun, Raize mungkin didatangkan dengan pacuan empat roda.  

Google ads
Back to top button