Buletin

PERODUA LABUR RM7 JUTA UNTUK HASILKAN ALATGANTI KANCIL, KELISA, VIVA & MYVI

Perodua hari ini telah memusatkan pengeluaran alat ganti untuk model lamanya dengan pelancaran sebuah mesin press stamping baharu di premis vendornya IQM Sdn Bhd di Tg Malim.

Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Perodua bersama dengan para pembekalnya untuk mengembangkan perniagaan dan keupayaan mereka ke arah menjadi pembekal automotif bertaraf dunia.

Perodua melaburkan RM7 juta untuk mesin tersebut, termasuk pengangkutan dan pemasangannya di IQM. Mesin stamping hidraulik 1,600-tan metrik itu akan menghasilkan komponen badan kenderaan seperti penutup enjin, panel luar sisi, panel suku belakang, fender, pintu dan bumbung untuk model Perodua terdahulu seperti Myvi generasi pertama, Viva, Kelisa dan juga Kancil.

Perodua juga telah memindahkan semua acuan stamping (dies) yang diperlukan untuk menghasilkan alat ganti model terdahulu ke lQM. lni memudahkan proses penghasilan alatganti, menjimatkan kos dan masa, serta memudahkan pemantauan dan pengurusan di bawah satu bumbung. Perodua juga berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan IQM berkenaan pengeluaran alat ganti model terdahulu.

“Perodua membuat keputusan untuk memusatkan pengeluaran alat ganti model terdahulu di lQM berdasarkan empat sebab.

“Satu, kami ingin terus menyokong para pemilik model-model terdahulu kami dengan alat ganti yang berkualiti, pantas dan berpatutan menerusi perniagaan Badan & Cat kami. Kerana selagi anda memiliki kenderaan Perodua, biar lama mahupun baharu sentiasa di sisi anda akan kami berada.

“Dua, kami komited untuk menyokong semua 135 pembekal kami di Malaysia, bukan sahaja melalul perniagaan dengan mereka tetapi menerusi perkongsian kemahiran dan teknologi.

“Tlga, langkah ini mewakili komitmen kami kepada negara dan ekonominya dengan peningkatan daya saing ekosistem automotif Malaysia.

“Akhirnya, ia mewakili komitmen Perodua untuk terus meningkatkan kualiti dan kecekapannya ke arah menjadi sebuah syarikat yang lebih baik, maju dan mampan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutlf Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

3.7 KENDERAAN SUDAH DIJUAL

Sejak 1994, Perodua telah menjual lebih 3.7 juta kenderaan di Malaysia. Kini, lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan permintaan untuk alat ganti Perodua adalah untuk model-model terdahulu.

Dengan kandungan tempatan melebihi 90% bagi seluruh barisan modelnya, Perodua merupakan pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia, membelanjakan RM4.5 bilion setakat tahun ini daripada RM5.4 bilion yang diperuntukkan untuk keseluruhan 2019.

IQM menjadi pembekal Perodua sejak 2002. la kini membekalkan komponen stamping logam, pemasangan badan dan tiub brek kepada Perodua. IQM mula menghasilkan alat ganti Viva apabila pengeluaran model tersebut berakhir pada 2014, dan pada tahun lepas ia mula menghasilkan alat ganti Myvi generasi kedua di barisan pengeluaran khas yang baharu.

Google ads
Back to top button