Buletin

TQ WULING BINGO EV RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN, BERMULA RM63K

TQ WULING secara rasmi melancarkan TQ WULING Bingo EV ke pasaran Malaysia. Hatchback elektrik kompak yang dipasang secara tempatan itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Bingo PRO pada harga R67,800 dan Bingo MAX pada harga RM72,800.

Harga itu menjadikan Bingo EV sebagai antara EV paling mampu milik di Malaysia. Harga atas jalan (OTR) selapas rebat tunai istimewa ialah RM62,800 bagi Bingo PRO dan RM67,800 bagi Bingo MAX.

TQ WULING Bingo merupakan model pertama di bawah jenama TQ WULING, hasil kerjasama strategik di antara Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) dan SAIC-GM-Wuling (SGMW).

Bingo’s Fabulous 5 Perks (Terhad kepada 500 pelanggan pertama sahaja)

Pelanggan yang telah membuat tempahan dan menempah TQ WULING Bingo EV layak menikmati “Bingo’s Fabulous 5 Perks” yang bernilai lebih RM12,000 termasuk:  

  • Rebat tunai eksklusif RM5,000
  • Jaminan Bateri EV Selama 8 Tahun/120,000km dan jaminan motor pemacu 8 tahun/160,000km (mana-mana tiba dahulu)
  • Ansuran bulanan serendah RM625 (ditawarkan melalui institusi kewangan terpilih)
  • Dapatkan pengecas EV rumah 7kW percuma, pengecas EV mudah alih 3-pin percuma dan pakej tinted solar premium TQ
  • Nikmati 17 faedah insurans komprehensif dan faedah EV istimewa dengan Bingo EV (ditawarkan oleh panel insurans terpilih)

Pelanggan boleh menempah TQ WULING Bingo EV melalui laman web tqwuling.my. Hanya dengan yuran tempahan RM50 anda berpeluang menjadi antara yang terawal memiliki Bingo EV.

Prestasi dan Pengalaman Pemanduan

Varian Pro dilengkapi dengan bateri lithium-iron-phosphate 31.9 kWh, manakala Max menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 37.9 kWh. Bingo Max mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 410km, manakala Pro menawarkan sehingga 333 km (CLTC).

Kedua-dua varian dikuasakan oleh motor elektrik 50 kW dengan pacuan roda hadapan. Ia mampu menghasilkan kuasa 68PS dan tork 150Nm.

Bingo EV dikuasakan boleh sistem Bateri MAGIC proprietary daripada SGMW. Bateri MAGIC telah diuji pada lebih tiga juta EV di seluruh dunia tanpa sebarang insiden kebakaran direkodkan.

Bateri ini telah berjaya melepasi pelbagai ujian ketahanan dan keselamatan yang ketat, termasuk pendedahan haba dan kebakaran, nyacas lampau, cas lampau, litar pintas luaran, penembusan paku dan ujian tekanan.

Gaya Retro Moden

Dari segi dimensi, Bingo EV berukuran 3,950mm panjang, 1,708mm lebar dan 1,580mm tinggi, dengan jarak roda 2,560mm. Saiz kompak ini membolehkan Bingo EV bergerak lincah dalam trafik bandar dan jalan sempit, manakala jarak rodanya pula memastikan ruang dalaman praktikal untuk penggunaan harian.

Bahagian luar Bingo EV menampilkan gabungan unik antara pesona retro-chic dan keanggunan EV moden. Di bahagian hadapan, Bingo EV menampilkan gril tertutup yang dipadankan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk X dan lampu hadapan LED sepadan.

Reka bentuk lampu ikonik ini diteruskan di belakang, dengan lampu belakang menggunakan corak bergaya yang sama, mencipta kesan visual harmonis dan menjadikan wajah uniknya mudah dikenali walaupun pada waktu malam.

Kemasan cat dua tona, badan berwarna dengan bumbung hitam menyerlahkan lagi gaya muda dan moden Bingo. Bagi pasaran Malaysia, TQ WULING menawarkan tiga pilihan warna iaitu Milky White, Neon Blue dan Lavender Purple.

Ruang dalaman Bingo EV meneruskan konsep rekaan retro moden. Ia menampilkan skim warna dua tona, dipadankan dengan tempat duduk berkulit tiruan lembut berwarna Caramel Latte.

Tempat duduk ini menggunakan kulit tiruan berlubang untuk keselesaan dan pengudaraan lebih baik, manakala panel dalaman menampilkan tekstur seramik berkilat, memberikan sentuhan premium dalam sebuah kenderaan elektrik kompak.

Salah satu elemen paling menarik ialah susun atur ‘terapung pada konsol tengah dan panel instrumen yang menempatkan dua skrin bersaiz 10.25 inci. Satu untuk kluster instrumen digital serta satu lagi skrin sentuh untuk sistem infotainmen yang  menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Susun atur kokpit moden ini, digabungkan dengan stereng dua tona, pemilih gear berputar pada konsol tengah dan reka panel instrumen yang minimalis.

Kabin EV kompak ini menawarkan 15 ruang penyimpanan individu untuk barang kecil. Selain ruang but berkapasiti 395 liter hingga 1,240 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Tempat duduk pemandu pula boleh dilaras secara elektrik enam hala untuk menampung pelbagai saiz badan. EV ini turut dilengkapi ciri kemasukan tanpa kunci dengan auto-lock/unlick, cruise control, penyaman udara elektronik dengan butang fizikal, sistem brek parkir elektornik dengan fungsi Auto-Hold dan pemilih gear berputar.

Bingo EV direka dengan menekankan perlindungan penumpang dan integriti struktur. Struktur badan kenderaan menggunakan ‘ultra-high tensile steel’ 1,500 MPa di bahagian kritikal, menyediakan asas stabil dan tahan lama tanpa menambah berat  berlebihan.

Kenderaan ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan menyeluruh, termasuk enam beg udara untuk kedua-dua varian. Dengan ini, Malaysia menjadi pasaran pertama di dunia yang menawarkan Bingo EV dengan enam beg udara.

Bingo EV juga menampilkan sistem brek Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Electronic Stability Control (ESC).

Ciri-ciri keselamatan seperti Blind Spot Warning System, EntrySafe System, Walkaway Auto-lock/unlock, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan Low-Speed Pedestrian Alarm turut disertakan.

Jaminan dan Rangkaian Perkhidmatan

TQ WULING Bingo EV didatangkan dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun/120,000km*, jaminan motor pemacu selama 8 tahun/160,000km* dan jaminan kenderaan 5 tahun/150,000km (mana-mana tiba dahulu).

TQ WULING mempunyai 6 bilik pameran khusus di Semenanjung Malaysia dan 7 pusat servis selepas jualan melalui rangkaian servis Tan Chong yang sedia ada. Lebih banyak cawangan sedang dirancang bagi memastikan sokongan optimum kepada semua pelanggan.

BINGO FAB 5 Weekender 

Pelanggan dijemput untuk mengunjungi bilik pameran TQ WULING pada hujung minggu ini, 20 hingga 21 Disember 2025, dari jam 10 pagi hingga 5 petang untuk menikmati hadiah pandu uji segera, menikmati hidangan ringan, mendapat ganjaran tempahan eksklusif, sebagai tambahan kepadaBingo’s Fabulous 5 Perks yang telah dinyatakan di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai TQ WULING dan TQ WULING Bingo EV, sila layari www.tqwuling.my atau ikuti saluran media sosial TQ WULING di Facebook, Instagram dan TikTok

GALERI

Google ads
Back to top button