
TQ WULING BINGO SERTAI KERETAPI SARONG 2025 PADA 13 SEPTEMBER INI
Acara tahunan Keretapi Sarong kembali pada 13 September ini dengan tema perpaduan dan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia.
Tahun ini, TQ WULING tampil sebagai rakan rasmi dengan memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Bingo EV.
Program yang menghimpunkan ribuan peserta berbaju tradisional dan bersarung sambil menaiki tren awam itu turut menekankan peranan pengangkutan elektrik dalam kehidupan seharian.
TQ WULING Bingo EV, yang akan dipasang secara tempatan dan dilancar pada suku keempat 2025, menjadi simbol mobiliti moden yang mesra alam serta mampu dimiliki.

Pasukan TQ WULING akan memulakan perjalanan di Stesen LRT Subang Jaya sebelum memperkenalkan Bingo EV di lokasi penamat acara.
“Kami teruja menyertai Keretapi Sarong kerana ia bukan sahaja meraikan warisan budaya, tetapi juga seiring dengan visi kami memperkenalkan mobiliti bandar yang lebih hijau dan inklusif,” kata Ketua Perniagaan TQ Manufacturing Sdn. Bhd., Wan Wei Sun.
Sekilas mengenai Bingo EV:
- Reka bentuk retro moden dengan sentuhan bergaya.
- Saiz kompak, ruang dalaman luas serta ciri pintar praktikal.
- Dilengkapi teknologi bateri MAGIC berpiawaian IP67 dengan rekod keselamatan terbukti.
- Disasarkan dijual pada harga bawah RM100,000, dengan kos penyelenggaraan minimum dan pakej pengecasan menarik.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi www.tqwuling.my atau saluran media sosial TQ WULING.




