" "
Buletin

TRC 2019 – HENZEE BERJAYA MENGUTIP MATA BERHARGA DI PHETCHABUN

Seperti yang pembaca semua maklum, pasukan One Motorsports Rally Team telah berkenalan sehingga ke Phetchabun, Thailand untuk beraksi pada Pusingan Kedua Thailand Rally Championhip pada minggu sudah. Walaupun tiada kemenangan podium, namun sekalung tahniah juga harus diucapkan buat Henzee dan juga Syamim, kerana berjaya menamatkan perlumabaan dengan jayanya.

Kesemua Krew, Pemandu dan deligasi One Motorsports telah pun selamat berkumpul di perkampungan rali lebih kurang pada hari Jumaat. Manakala Shakedown pula telah dijalankan pada siang Sabtu dalam keadaan lalua trek yang sedikit becak. Kehujanan malamnya barangkali. Mujur juga sang Supir berjaya mengharungi sesi Shakedown tanpa masalah. Tapi debar di hati entah siapa yang tahu.

Apatah lagi apabila mengetahui barisan kereta yang menyertai Thailand Rally Championship bukan calang – calang. Toyota Yaris, Suzuki Swift, Honda Brio, Mitsubishi Lancer, Mitsubishi Evo, BMW E36 pun ada juga. Paling tak menahan, Chery QQ pun ada turut serta juga memeriahkan perlumbaan. Dia punya launching serupa Kancil 660. Ok Ok. Brader Karrager acah aja. Tapi lajulah juga kan.

Dan apabila hari saingan pada Ahad, keadaan masih tidak berubah. Masih lecak di sana sini. Menurut kata Chepot, hujan lebat malam harinya, Terima kasih kepada Haji Suhaimi yang membawakan siaran secara langsung melalui FB. Ulasannya pun boleh tahan juga. Pencen jadi Commentator pun layak juga si Haji Cyco ini. Terhibur mendengar ulasan menonton siaran Live FB tersebut.

Hari saingan pada Ahad mempunyai 8 peringkat yang perlu diharungi oleh kesemua pelumba. Malang sedikit menimpa Henzee apabila Satria Neo yang dipandunya mengalami masalah Drive Shaft pada SS 5. Barangkali ianya terjadi disebabkan faktor cuaca yang hujan sebelumnya. Dan mujur juga Krew pasukan berjaya membaiki masalah tersebut bagi membolehkan Henzee kembali menghabiskan SS yang berbaki 3 lagi.

Telahan Chepot selaku Prinsipal pasukan ternyata berasas apabila Henzee tidak menghampakan apabila berjaya mempamerkan pemanduan yang jitu pada Peringkat Power Stage apabila beliau berjaya mengutip mata berharga apabila berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Honda Brio dan juga Toyota Vios.

Dan secara keseluruhannya, Henzee dan juga Syamim berjaya menduduki tempat ke 19 keseluruhan daripada 33 buah kereta dan juga keempat bagi kategori yang disertainya. Ternyata ianya merupakan suatu pengalaman yang cukup berharga buat pasukan One Motorsports. Yang pasti, mereka bakal kembali lagi pada pusingan berikutnya untuk terus memberikan saingan dan cabaran. Tahniah buat One Motorsports.

Kredit Foto : Shah Bandi

BACA : TRI-NATION SPRINT RALLY – ABD KHAATHIR MUNCUL JUARA

BACA : GIAN BER-RALI – ONE MOTORSPORTS MENUJU KE SIAM

Google ads

B K

Back to top button