Buletin

TRI-NATION SPRINT RALLY – ABD KAATHIR MUNCUL JUARA

Sesungguhnya ada sedikit rasa ralat di hati Brader Karrager apabila gagal menyempatkan diri untuk hadir seketika ke Tri-Nation Sprint Rally yang berlangsung di Tanamera hujung minggu yang lalu. Nak buat macam mana, rancangan untuk menjenguk seawal pagi hari Sabtu terpaksa di-adjust semula gara – gara tersangkut di Pusat Servis kereta.

Akan tetapi, kemeriahan perlumbaan tersebut tetap berlangsung dengan jayanya apabila beberapa nama regular dalam saingan rali tempatan mengambil kesempatan untuk beraksi sementelah aksi Malaysian Rally Championship (MRC) musim ini terpaksa direhatkan buat seketika akibat kekangan faktor ekonomi. Penganjur pun tak ada pula sibuk – sibuk nak saman penaja akibat kegagalan faktor ekonomi ini. Masing – masing faham.

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan berdebu itu berjaya dimenangi oleh Abd Kaathir Mustaffa serta Tri Arjuna selaku Juruarah dari pasukan 23 Motors dengan memandu Subaru Impreza.

Walaupun trek tampak kelihatan macam senang dan dekat, tapi dia punya berliku boleh tahan juga. Apatah lagi apabila dikelilingi dengan pokok Kelapa Sawit di kiri dan kanan trek.

Tempat kedua pula diraih oleh Roduwan Rashid yang tampil bersama Amirul Zahri serta Subaru Impreza GC8. Walau pun kereta tua, tapi prestasi yang ditunjukkan membuktikan bahawa Chepot masih lagi laju. Ketinggalan hanya 22 saat sahaja.

Manakala Haji Suhaimi yang turut memandu GC8 tidak berupaya meneruskan saingan apabila terpaksa menarik diri apabila kotak gear beliau pecah. Dasat gila kau Aji!

Itu belum lagi ada pelumba Syakirin yang turut tidak dapat menamatkan saingan apabila kereta Satria beliau tercium pokok Kelapa Sawit. Tak mengapalah. Rezeki untuk mencuba lain kali maknanya.

Tempat ketiga pula diraih oleh Mohd Khairul Nizam dan Shahrol Zainal dari JR Speed Sucimuci bersama kereta rali yang baharu dibeli, Mitsubishi Lancer Evo 3. Salah satu kereta rare juga sebenarnya ni. Baru boleh saing dengan Chepot.

Ternyata, kehadiran dua pasukan besar, One Motorsports BDRT dan JR Speed Sucimuci yang hadir dengan warna tema baharu berjaya menyerikan lagi perlumbaan kali ini. Malah, podium juga turut didominasikan oleh dua pasukan ini. Berbaloilah masing – masing melepaskan gian di kaki, kan.

Apa pun, penggiat rali seharusnya berterima kasih kepada penganjur serta orang kuatnya Muhammad Rafiq Abdullah. Juara rali juga sebenarnya. Ternyata, penganjuran secara indie ini setidaknya berupaya menghidupkan sedikit nyawa dunia rali tempatan bagi tahun ini. Bagi pasukan yang ternama seperti One Motorsports, ianya pasti merupakan rally shakedown sahaja sebelum bersedia untuk beraksi di Thailand. Sawadikap!

Kredit Foto : FB ISHRAQI MOKHTAR

BACA : MRC RALI TERENGGANU 2018 – RACHMAT LAKUKANNYA BUAT KALI KETIGA BERTURUT

BACA : MRC 2019 BATAL – KITA LAYAN DULU TRI-NATION SPRINT RALLY

Google ads
Back to top button