Buletin

JRSPEED SUCIMUCI TURUT BAKAL BERAKSI DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP

Nampaknya Thailand Rally Championship semakin mendapat tempat di hati para pelumba rali tanahair. Maklumlah, aktiviti rali tanahair menjadi semakin terhad walaupun pusingan perlumbaan rali di tempat dapat tiga pusingan pun dah besar rahmat sangat. Acara rali tahun ini yang ada hanyalah Tri-Nation Sprint Rally dan Rally Shakedown One Motorsports sahaja untuk tahun ini.

Dan bagi mengikut jejak One Motorsports, sebuah lagi pasukan rali tempatan JRSpeed Sucumuci Racing Team turut bakal berkelana sehingga ke Lampang bagi melempiaskan kegianan untuk berlumba rali dengan turut menyertai Thailand Rally Championship pusingan 3 & 4 pada 29 Oktober hingga 3 November 2019.

Dalam saingan rali tempatan barangkali mereka tidaklah sebesar pasukan yang lain. Tetapi kereta dengan rekaan grafik warna putih / kuning ini agak menyerlah juga dalam perlumbaan di trek. Mereka aktif berlumba di Sepang, terutamanya pemandu Khairul Nizam. Cumanya untuk perlumbaan di Thailand kali ini, mereka tidak mempertaruhkan Nizam dan Evo 3 beliau. Khairul Nizam kali ini bakal menggalas tugas selaku Pengurus Pasukan.

Taruhan pasukan JRSpeed kali ini adalah Jusri Yusli dan juga Juruarah Shahrol Zainal bersama dengan kereta baharu mereka, Proton Satria 1.6cc. (Sebelum ini JRSpeed mempunyai kereta rali Evo 3, Satria 1.8 dan Kelisa) Walaupun gandingan Jusri hanya aktif berlumba dalam sukan rali baru dalam tempoh 2 tahun, namun beliau juga sering bergandingan dengan Khairul Nizam sewaktu berlumba di trek dalam tempoh tersebut. Menang jangan cakaplah. Barangkali dengan kehadiran Shahrol Zainal yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam sukan rali, berupaya membimbing Jusri yang masih muda belia ke jalan yang benar dan menuju ke penamat dengan jayanya. Shahrol Zainal ini merupakan orang lama dalam dunia rali dan pernah bergandingan dengan pelumba seperti Faidzal Alang dan juga Khairul Nizam sendiri.

Sedikit sejarah untuk Brader Karrager kongsikan, Proton Satria tersebut sebenarnya mempunyai alkisah yang tersendiri. Proton Satria tersebut sebenarnya pernah digunakan lagenda Karamjit Singh suatu ketika dahulu dan kini ianya telah menjadi milik Jusri sendiri. Mengambil aura sang lagenda. Siapa tahu rezeki untuk pasukan JRSpeed menang kan?

Kalau ikut maklumbalas yang diberikan oleh Shahrol, kereta rali mereka telah pun bergerak dan beliau bakal berlepas ke Thailand pada Isnin nanti. Shahrol juga menyatakan mereka meletakkan sasaran untuk berada dalam tempat ketiga teratas untuk kategori (Super 1600) dan juga 15 keseluruhan. Tapi menurutnya lagi sasaran mungkin perlu diubah bergantung kepada beberapa faktor seperti permukaan / cuaca dan juga kondisi kereta sendiri di sana nanti.

Sebetulnya ada sebuah lagi pasukan (Purnama Rally Team) yang turut bakal bertanding tapi soalan temubual yang Brader Karrager ajukan secara atas talian tidak berbalas pula. Apa pun, Brader Karrager dan Mekanika ucapkan selamat maju jaya buat kontingen Malaysia yang bakal beraksi di Thailand. Mereka bukan setakat membawa nama pasukan, lebih penting nama negara sendiri. Syabbas bette meranam Inspektor Shahab!

BACA : ALKISAH NIZAM DAB MITSUBISHI EVO 3

BACA : TRI-NATION SPRINT RALLY – ABD KAATHIR MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button