
TRITON QUEST. PIKAP PALING MAMPU MILIK DARI MITSUBISHI
Mitsubishi Motors Malays a (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan Mitsubishi Triton Quest yang baharu hari ini. Triton Quest Baharu ini merupakan varian Triton paling mampu milik ditawarkan di pasaran Malaysia
Ditawarkan pada harga RM79, 890.00, Triton Quest adalah trak pikap paling mampu dimiliki dan didatangkan dengan waranti lima tahun atau 100,000km.
Untuk kemudahan, Triton Quest direka untuk memudahkan mobiliti kargo kerana jarak dari tanah ke yang rendah. Triton Quest juga didatangkan dengan kotak simpanan rahsia di bahagian kerusi belakang, mudah dicapai tetapi tidak mudah dilihat dari luar
Untuk kargo, Triton Quest didatangkan dengan kapasiti muatan sehingga 970 KG termasuk penumpang dan muatan, menjadikannya model terbesar dalam kategori pikap rendah.
Reka bentuk J-Line yang berfungsi, memberi lebih banyak ruang dan keselesaan bagi penumpang belakang sambil mengekalkan ruang kargo yang luas.
Walaupun merupkan varian asas, Triton Quest dibekalkan dengan enjin diesel turbo-caj 2.5 liter yang menghasilkan 110 PS kuasa maksimum dan 200 Nm daya kilas.
Untuk kawalan, Triton Quest adalah Terbaik Di Dalam Kelasnya dengan keupayaan radius pusingan 5.7m, menjadikannya mudah dikendali dan dipandu pada jalan sempit dan kawasan kerja yang sesak.

Ia turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti Talipinggang keledar dengan pra-penegang, Sistem Pemasa Elektronik dan Kawalan Penggera (ETACS) yang didatangkan dengan Sistem Isyarat Mengubah Laluan, Pemasa Kuasa Tingkap, Fungsi Tutup Auto Lampu Besar, Penggera Pintu Terbuka, Sistem Kunci Semula Pintu Automatik, Penggilap Cermin Boleh Diubah Kelajuan Auto dan penangguhan lampu dalaman 15 saat yang membolehkan lampu kabin kekal bernyala selama 15 saat selepas enjin kenderaan dimatikan.

Sebagai tambahan, Triton Quest juga dilengkapi dengan beg udara dual SRS airbags dan Anti- Lock Braking System (ABS) bersama Electronic Brake-force Distribution (EBD). Di bahagian papan pemuka, Triton Quest Multi-Information Display yang mmemberikan maklumat penting mengenai trak seperti jarak perbatuan yang dilalui, peringatan servis, jarak bahan api dan purata penggunaan bahan api.
GALERI