Buletin

UMW LANCAR MINYAK PELINCIR GRANTT

UMW Grantt International Sdn. Bhd. (UMWG), anak syarikat milik penuh UMW Group baru-baru ini melancarkan rangkaian minyak pelincir GRANTT yang telah dipertingkatkan.

Grant-Stellar-lubricants-UMW-mekanika (3)

GRANTT ialah jenama dalaman UMW dan diadun di kilang milik UMW di Shah Alam yang mendapat persijilan ISO 9001:2008.

GRANTT diformulasi menggunakan minyak asas berkualiti premium demi menawarkan enjin yang bersih, prestasi, penjimatan bahan api dan perlindungan daripada kehausan.

Grant-Stellar-lubricants-UMW-mekanika (4)

“Rangkaian minyak enjin untuk kenderaan penumpang, GRANTT PCMO Stellar telah diuji untuk mematuhi standard piawaian API-SN dan ACEA A3/B4 yang ketat.

“Kami yakin para pelanggan akan terus menggunakan minyak pelincir GRANTT untuk memastikan kenderaan mereka lebih lancar,” kata Pengarah Eksekutif UMW Manufacturing & Engineering Sdn. Bhd., Megat Shahrul Azmir Nordin.

Selain PCMO, rangkaian penuh produk GRANTT terdiri daripada minyak enjin untuk motosikal (MCO) yang dikenali sebagai Quadra, minyak enjin diesel (DEO) dipanggil Quasar, bendalir transmisi (ATF) dan minyak bagi kegunaan industri.

Grant-Stellar-lubricants-UMW-mekanika (1)

Pada majlis yang sama, pengedar dari Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak telah diberi sijil pelantikan masing-masing.

UMWG berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan. Selain fokus untuk menembusi pasaran eksport terutama di rantau ASEAN. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button