Motosikal

YAMAHA NMAX JENGAH PASARAN INDONESIA

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan skuter terbaharunya iaitu Yamaha NMAX ke pasaran Indonesia pada bulan depan.

Yamaha-X-Max-400-mekanika (1)

Skuter itu meneruskan DNA rekaan luaran siri skuter MAX yang cukup popular di pasaran Eropah sejak tahun 2000. Sebelum ini, siri skuter MAX terdiri daripada model TMAX 530cc, diikuti oleh rangkaian XMAX dengan konfigurasi enjin 400cc, 250cc dan 125cc.

Model baharu ini dibangunkan dengan konsep “Global Prestige City Commuter” yang turut menawarkan aspek pengendalian yang sporty dan praktikal.

NMAX dikuasakan oleh enjin bersesaran 155cc dengan sistem penyejukan cecair. Enjin itu dibina berasaskan kepada konsep BLUE CORE. NMAX dijangka ditawarkan pada harga 24.7 juta rupiah (RM7,929) seunit.

Yamaha-NMAX-mekanika

Bakal dikilangkan oleh pihak Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, NMAX  dibangunkan sebagai sebuah model global. Ia juga akan menjadi pemacu kepada pengembangan skala perniagaan Yamaha untuk pelan pengurusan jangka sederhananya. Jadi, NMAX mensasarkan untuk pasaran ASEAN dan negara-negara membangun.

Masih belum ada berita daripada Hong Leong Yamaha Motor sama ada ia akan membawa masuk NMAX atau sebaliknya. Jika NMAX dibawa masuk, ia akan bersaing secara langsung dengan model Honda PCX150, SYM dan Kymco.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button