
UMW TOYOTA SAH AKAN LANCAR SUPRA TAHUN INI!
Dalam satu acara sambutan Malam Media UMW Toyota bersama pihak Media permotoran tempatan, satu pengumuman yang agak menarik telah dibuat.
UMW Toyota mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk model sport terbaru mereka – Supra ke pasaran tempatan.
Ia akan dilancarkan pada tahun ini.
Sebagaimana sedia maklum, Supra baharu ini merupakan hasil kolaborasi di antara Toyota dan BMW. Ia tidak dibina di mana-mana kilang di Jepun, sebaliknya dihasilkan di di Austria oleh pihak Magna Steyr.

Supra A90 ini dikuasakan enjin BMW 3.0 liter enam selinder sebaris twin turbo. Platform BMW itu digandingkan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik.
Supra menawarkan kuasa 335hp dan tork 495Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear ZF lapan kelajuan automatik sahaja (tiada varian manual).
Padanan rangkaian kuasa tersebut membolehkan Supra memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat sahaja. Pecutan maksimum pula dihadkan secara elektronik pada kelajuan 250km/j. Angka itu menjadikannya sebagai model paling pantas yang pernah Toyota hasilkan setakat ini.
Pengumuman ini agak aneh kerana kita mengenali UMW Toyota sebagai pemain industri yang sering mengambil jalan “selamat”. Mereka tidak menjual model-model yang lebih relevan sebelum ini, seperti RAV4 (yang sepatutnya mencabar CRV dan CX-5)