
TOYOTA VANZAFIRE AKAN DILANCARKAN TAK LAMA LAGI!
Masih anda ingat dengan Toyota Avanza Veloz yang dilancarkan di Indonesia tahun lepas? Ya, UMW Toyota Malaysia sudah mula menyiarkan foto teaser di laman facebook mereka dengan tag ringkas “Akan Datang”.
Menurut beberapa maklumat yang kami terima, MPV kompak ini akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini juga. Versi facelift Avanza generasi kedua ini benar-benar telah berubah dan jelas, ia meniru rekabentuk abang besarnya Vellfire menerusi lampu bertingkat di bahagian hadapan.

Perubahan paling ketara ialah penggunaan lampu LED yang digandingkan dengan garisan di muka depan Vellfire. Bagi rekabentuk belakang pula ditambah dengan reflektor dan juga rekabantuk bampar kini lebih labuh dari model sebelumnya.
Bahagian dalaman jugamenerima beberapa penambahbaikan. Reka bentuk konsol pusat di bawah penghawa dingin telah digantikan dengan panel hitam piano black.

Konsol tengah juga leih menarik dengan tekstur baru sementara versi premium pula datang dengan kawalan penghawa dingin elektronik. Ia nampak lebih premium.
Jika kita perhatikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini Toyota telah membuat kemajuan besar dalam rekabentuk dalaman kenderana mereka.
Dari segi enjin, Avanza facelift ini menggunakan konfigurasi enjin sebelumnya, 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i. Enjin 1.3L menjana 97 PS sementara enjin 1.5L mengekstrak 104 kuasa kuda. Ia masih menggunakan kotak gear empat kelajuan automatik dan sepertimana pasaran Malaysia, hanya transmisi automatik sahaja yang ditawarkan.
GALERI