Buletin

HONDA STEP WGN LAKU! LEBIH 27 RIBU TEMPAHAN DALAM SEBULAN DI JEPUN

Honda STEP WGN yang dilancarkan pada 27 Mei di Jepun telah menerima sambutan menggalakkan. Setakat 27 Jun tempahan yang diterima telah pun melebihi 27,000 unit!

Walau bagaimanapun Honda memaklumkan penghantaran kenderaan keluarannya tertunda disebabkan pelbagai faktor seperti COVID-19, kekurangan kritikal semikonduktor dan situasi yang tidak stabil di luar negara.

Honda memohon maaf dan akan terus berusaha mengurangkan impak terhadap pengeluaran.

Honda mensasarkan untuk menjual lima ribu unit STEP WGN sebulan dan puluhan ribu unit tempahan dalam tempoh sebulan menunjukkan permulaan yang positif.

Menurut Honda, pembeli STEP WGN terdiri daripada pelbagai lapisan termasuk golongan berkeluarga dalam usia 30an dan 40an dan juga pelanggan yang mahu menggantikan STEP WGN terdahulu.

Di antara faktor utama yang digemari ialah rangkaian kuasa hibrid yang menjimatkan, reka bentuk luaran ringkas dan sesuai untuk semua.

Lagi faktor ialah jarak penglihatan yang senang untuk merancang jarak di antara kenderaan, ruang dalaman jenis melintang yang mencegah mabuk pergerakan dan kerusi pelbagai susunan.

Seperkara yang menarik ialah 67 peratus pembelian adalah model hibrid e:HEV dan baki 33 peratus untuk model petrol.

Model e-HEV menggabungkan enjin petrol 2.0L i-VTEC dengan dua motor hibrid dan transmisi ECVT. Padanan nadi tersebut berkuasa 184 ps dan tork 315 Nm

Satu lagi pilihan ialah enjin 1.5L VTEC Turbo dengan transmisi CVT dan berkuasa 150 ps dan tork 203 Nm.

Dari segi varian pula, 35 peratus pelanggan menempah STEP WGN SPADA e:HEV diikuti STEP WGN SPADA Premium Line e:HEV sebanyak 24 peratus dan 20 peratus bagi STEP WGN SPADA petrol.

Warna paling digemari ialah Platinum White Pearl.

Di Jepun, STEP WGN ditawarkan dari 3,382,500 yen (RM114,981) sehingga 3,846,700 (RM130,764).

Model teratas ialah Step Wgn e:HEV Spada Premium Line yang berharga 3,846,700 yen (RM130,356).

BACA: HONDA FRANZ SYSTEM, BANTU OKU TANPA TANGAN PANDU KERETA!

BACA: HONDA N-BOX CUSTOM STYLE + BLACK BAHARU, GAYA LEBIH PREMIUM!

BACA: HONDA STEP WGN 2022 DIPERKENAL DI JEPUN, GAYA RINGKAS BERKOTAK!

BACA: NAK BELI ENJIN K20C1 CIVIC TYPE R? ADA DI AS, DARI RM28K SAHAJA!

Google ads
Back to top button