Buletin

VCM SERAH BATCH PERTAMA VOLVO XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC KEPADA PELANGGAN

Volvo Car Malaysia (VCM) baru-baru ini menyerahkan kumpulan pertama SUV elektrik Volvo XC40 Recharge Pure Electric kepada pelanggannya. 

Sebanyak 65 orang pelanggan telahpun menerima kunci EV masing-masing di seluruh negara. Ini sekali gus mencatat sejarah dalam usaha Volvo untuk beralih ke masa depan mobiliti elektrik sepenuhnya.  

Sehingga kini, VCM sudah menerima lebih 300 tempahan Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan bakal menyerahkan 100 unit kepada pelanggan menjelang 30 April ini. 

Volvo XC40 Recharge Pure Electric ditawarkan pada harga bermula RM262,000 dan merupakan EV pertama yang dipasang tempatan di kilang Volvo di Shah Alam. Ia hadir dalam empat warna menarik iaitu hitam, putih mutiara, biru, perak dan hijau. 

SUV berkenaan dikuasakan oleh motor berkembar  pacuan semua roda yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 418km dengan sekali cas. Ia berupaya memecut 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat. Sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j sahaja.

Pek bateri 78 kWh yang ada padanya menyokong pengecasan pantas 150 kW, ini membolehkan SoC bateri mencapai 80 peratus dalam tempoh 40 minit sahaja.

Masuk ke ruang kabin, anda akan dihidangkan dengan susun atur yang sama seperti model XC40 standard. Cuma apa yang berbeza ialah sistem infotainmen 12.3 inci itu kini menyokong sistem operasi Android Automotive OS yang membolehkan segala fungsi Google diakses oleh pemandu.

Jika berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi laman web rasmi VCM: www.volvocars.com/my 

GALERI

Google ads
Back to top button