Artikel Pilihan

BMW 7 SERIES 2022, REKAAN LUAR YANG SANGAT KONTROVERSI

BMW telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan rekaan terbaru sedan mewah mereka yang boleh di baca di SINI. Namun penulis lebih suka memetik beberapa ayat yang berada dalam kenyataan akhbar yang berbunyi seperti berikut:

“The front-end design for BMW vehicles in the luxury segment is dominated by features that are typical of the brand, but a clear distinction is maintained between these models and the others in the BMW range”

Tapi secara asasnya penulis MUNGKIN boleh menerima rekaan Kidney Grille yang besar gedabak kerana rekaan sebegini semakin boleh diterima oleh peminat tegar BMW dan juga peminat dunia automotif. Sebagai contoh anda boleh lihat rekaan BMW i4 iaitu sedan elektrik pertama rekaan BMW

Rekaan BMW i4 pada pandangan penulis adalah seimbang dari bahagian depan dan menggunakan rekaan fastback. Walaupun menggunakan jeriji depan besar gedabak, kewujudan jeriji depan ini diseimbangkan dengan gan lower grille, sepasang fake air intake di bahagian kiri dan kanan serta rekaan lampu yang seksi

Kewujudan sepasang lampu depan dengan rekaan seksi serta ciri lampu DRL LED melengkapkan pakej hensem BMW i4. Ini membuktikan Kidney Grille boleh direka dan dipadankan dengan bergaya sekali jika kena dengan caranya. Tapi jika tersalah rekaan, memang buruk padahnya

Contoh terbaik ialah BMW 7 series samaada generasi sebelum ini atau generasi terbaru. Model G12 dihasilkan dengan Kidney Grille, lampu depan yang menarik tapi digagalkan oleh rekaan lower grille yang seakan tersenyum. Ia mengingatkan penulis pada penjahat dalam filem The Dark Knight Rises.

Kemudian pada tahun 2022, model terbaru BMW 7 Series membuat penampilan terbaru dengan “monolithic surface design”, jeriji depan yang besar dipasang dengan lampu LED di sekelilingnya dan juga Crystal Headlight Iconic Glow. Kesilapan terbesar BMW ialah pada bahagian lampu depan ini sendiri, iaitu ia menggunakan kaedah Split Design.

Seingat penulis, rekaan lampu depan Split Design ini sebenarnya dipelopori oleh Hyundai dengan model Santa Fe, Kona dan juga Palaside. Rekaan Hyundai yang berada di bawah Kia dipengaruhi oleh 2 tonggak utama mereka iaitu Luc Donkerwalke dan juga Peter Schereyer juga agak pantas memperkenalkan banyak rekaan terbaru pada setiap produk Kia-Hyundai.

Tapi rekaan Peter dan Luc masih boleh diterima pada setiap generasi. Adalah sangat pelik BMW meniru rekaan lampu depan split design yang digunakan secara meluas oleh Hyundai. Kalau Hyundai meniru rekaan BMW, ia adalah tidak pelik kerana BMW sepatutnya jenama mewah yang menjadi ikon rekaan

Tapi Ketua Jurureka Bentuk BMW, Dumagoj Dukec mempertahankan rekaan lampu depan LED pada BMW 7 series ini atas alasan tersendiri. Menurut Dukec rekaan lampu split design ini diperlukan bagi menghasilkan rekaan lampu dan rekaan bahagian depan kereta yang unik dan tidak menjejaskan antara satu sama lain.

Rekaan lampu split design, air intake di bahagian sisi, bampar bersegi dan jeriji depan yang besar menjadikan bahagian depan “sangat sibuk” dan serabut. Bampar bahagian belakang pula terpaksa diharmonikan dengan rekaan bampar depan, dan berakhir dengan rekaan yang nampak ‘bulky”. Secara keseluruhan ia gagal menghasilkan rekaan yang harmoni dan elegan.

Pada pendapat penulis, rekaan BMW yang paling menarik adalah ketika Chris Bangle menjadi Ketua Jurureka Bentuk BMW. Dibawah naungan Chris, BMW menghasilkan rekaan yang sangat ikonik seperti Mini Cooper (direka oleh Frank Stephenson tapi diluluskan oleh Chris), BMW X5 E53 (Frank), BMW Z4(Anders Warming), BMW 5 Series E60 dan juga BMW 7 Series E65.

Mungkin akan ada yang akan komen “eleh ko pun belum tentu ada duit beli BMW, komplen yang banyak”. Ini pandangan peribadi penulis, jika anda kaya raya dan beli BMW 7 Series ini, itu adalah hak anda dan duit anda. Tapi anda adalah orang kaya yang tak ada taste berselindung di sebalik jenama mewah.

Google ads
Back to top button