Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN VENTO HIGHLINE, SEDAN EROPAH DENGAN NILAI TERBAIK – BALIK RAYA PENUH GAYA

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Jadi, kita semua pastinya mahukan sebuah kenderaan yang memiliki pakej lengkap dari segi gaya, kuasa, penjimatan, ciri kemudahan dan keselamatannya.

Apa kata anda pertimbangkan Volkswagen Vento kerana ia sebuah sedan yang sesuai untuk apa jua sambutan perayaan. Terutama bagi mereka yang mahu menaik taraf kereta sedia ada kepada sebuah jentera berjenama Eropah.

Jenama Eropah biasanya dikaitkan dengan harga yang premium dan adakah itu benar?

Tidak untuk Volkswagen Vento. Kereta sedan keluarga yang dipasang di Pekan, Pahang ini boleh dimiliki pada harga serendah RM84,690 untuk varian 1.6L Comfortline dan RM91,490 untuk varian 1.2L Highline.

Jadi, anda boleh memiliki sebuah varian Comfortline pada dengan bayaran bulanan bermula RM801 dan RM892 sebulan untuk model Highline.

Di antara dua varian tersebut, Vento 1.2L Highline menawarkan satu pakej yang bagus. Kenapa pula? Bukankah harganya lebih mahal? Enjinnya pula lebih kecil.

Sesaran tersebut mengaburi kuasa sebenar 105 ps dan 175 Nm daripada sebuah enjin bernadikan kuasa turbo yang sinonim dengan prestasi.

Malah penggunaan minyak enjin ini ialah 5.5L hingga 6.3L setiap 100 km bergantung kepada corak pemanduan dan keadaan trafik.

Ia sangat jimat sehinggakan anda boleh pergi dan balik ke Pulau Pinang dengan satu tangki penuh sahaja.

Enjin 1.2L turbo itu dipadankan bersama transmisi tujuh kelajuan DSG yang menawarkan penukaran gear yang pantas dan pemanduan menyeronokkan.

Selain itu Vento 1.2L mempunyai kadar cukai jalan yang cukup rendah. Hanya RM55 setahun atau lebih kurang RM4.60 sahaja sebulan!

Satu lagi sifat pada Vento ialah ruang but yang luas iaitu 454 liter, saiz tersebut cukup untuk mengisi bagasi dan pelbagai jenis kuih raya pulang ke kampung.

Kerusi penumpang belakang pula boleh dibaring secara terpisah 60/40 untuk isian kargo yang panjang. Jadi, kalau perlu membawa buluh lemang misalnya, tiada masalah pun.

Dari segi kemudahan pemandu, VW melengkapi Vento 1.2L Highline dengan sambungan telefon pintar App Connect. Sambungan ini membolehkan telefon pintar Android dan iPhone dihubungkan dengan Mirrorlink, Android Auto, Apple Carplay.

Setelah disambungkan, pemandu boleh menggunakan aplikasi seperti Waze sebagai panduan untuk perjalanan pulang ke kampung atau menziarahi kaum keluarga dan rakan taulan semasa Hari Raya nanti. Aplikasi Waze itu boleh dilihat menerusi paparan skrin sentuh bersaiz 6.5 inci.

Dari aspek keselamatan, Vento 1.2L Highline dilengkapi kawalan jelajah, empat beg udara, cangkuk ISOFIX, Intelligent Crash Response System (ICRS), ABS dengan EBD, ESC, selain memperoleh penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

Ciri-ciri tersebut adalah usaha VW bagi memastikan sedan ini selamat untuk keluarga anda. Jadi anda boleh pulang ke kampung atau melawat sanak-saudara dan rakan-rakan dengan hati yang tenang.

Dari segi keselesaan, Vento 1.2L Highline dilengkapi kamera undur, Rear Park Distance Control (PDC) supaya senang parkir, terutama ketika jumlah kenderaan kian bertambah di atas jalan raya.

Manakala corong penyaman udara belakang pasti memberi keselesaan kepada penumpang ketika mengharung perjalanan yang panjang.

Kepada yang berhajat dan berkenan dengan Vento 1.2L Highline, ada berita gembira untuk anda. Ini kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sedang menawarkan promosi bernilai RM6,000 dan bayaran muka berjumlah RM892 sahaja sempena musim perayaan kali ini.

Harus tahu bahawa promosi ini bermula sekarang hingga 30 Jun 2019.

Lebih menarik lagi, VPCM turut menyediakan baucar petrol sebanyak RM1,000 untuk anda yang menempah dan mendaftar kenderaan sebelum 30 Jun 2019. Tidak perlu fikir lagi tentang belanja petrol sepanjang Syawal ini.

Dengan pakej seperti ini, jelas Volkswagen Vento 1.2L Highline adalah pilihan yang harus diberi perhatian serius. Untuk lebih jelas, rasai pengalaman sebenar Vento ini di bilik pameran berhampiran.

Pastinya Hari Raya anda kali ini lebih meriah dan bergaya dengan Volkswagen Vento 1.2L Highline!

Bagi pemilik Vento yang sudahpun menikmati pelbagai kelebihan sedan kompak ini, ada lagi manfaat untuk anda daripada Volkswagen sempena sambutan Hari Raya kali ini.

Dapatkan pemeriksaan pendingin hawa secara percuma, diskaun sebanyak 20 peratus untuk servis pendingin hawa dan beli tayar baharu jenama Continental pada harga serendah RM184 seunit. 

Memang jimat betul guna Vento. Jadi, mahu tunggu apa lagi? Maklumat lanjut di PAUTAN INI.

Google ads
Back to top button