Artikel PilihanBuletin

LELAKI INDONESIA DITAHAN, MENYOROK DI GEAR PENDARATAN UNTUK PULANG KE MEDAN

Polis menahan seorang warga Indonesia kerana didapati mencerobohi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang setelah didapati bersembunyi di bahagian gear pendaratan kapal terbang dalam usaha untuk terbang tanpa disedari pihak berwajib.

Seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, seorang sumber berkata lelaki itu ditemui oleh juruteknik yang sedang bertugas menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada pesawat kargo pada jam 10 pagi semalam.

“Dia melihat lelaki itu meluncur keluar dari bahagian gear pendaratan dan segera memaklumkan pasukan keselamatan, yang kemudiannya memberkeas dan menyerahkannya ke polis,” kata sumber itu.

Lelaki berusia 39 tahun itu adalah seorang pekerja kilang pemprosesan ayam dan beliau dikatakan tidak mampu membeli tiket penerbangan kembali ke Medan. Suspek kemudian memutuskan untuk mencuba nasib bersembunyi di bahagian gear pendaratan pesawat kargo.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Jefri Md Zain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan penangkapan tersebut, sambil menambah bahawa siasatan di bawah Seksyen 7 Kawasan Perlindungan dan Akta Tempat Perlindungan 1959 sedang dijalankan.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

KREDIT: BERNAMA

Tags
Google ads
Back to top button