Pandu Uji

4 FAKTA YANG BOLEH MENGUBAH PERSEPSI ANDA TERHADAP VW VENTO

Saya masih ingat satu ketika dahulu, Volkswagen menjadi satu jenama yang ingin dibeli oleh ramai orang.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (3)

Dengan reka bentuknya  ringkas, sporty, pemanduan mantap, ditambah pula dengan teknologi enjin dan kotak gear yang begitu maju, kereta Volkswagen dilihat mempunyai resepi terbaik untuk menarik perhatian pengguna yang mungkin mahu lari sebentar daripada tawaran dari Jepun, Korea mahupun pengeluar tempatan.

Namun, detik indah itu nampaknya tidak bertahan lama. Kini, Volkswagen berdepan cabaran sukar untuk mengurus persepsi pengguna terhadapnya. Orang ramai sekali lagi perlu diyakinkan bahawa produk Volkswagen tidak lagi sering mengundang masalah.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (4)

Sebaliknya menawarkan kualiti pemanduan, pengendalian dan pengalaman keseluruhan yang mengujakan. Ya. Itu bukanlah perkara mudah. Tetapi ia juga tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Kesungguhan Volkswagen Group Malaysia (VGM) dapat dilihat apabila ia begitu giat untuk menambah baik aspek perkhidmatan selepas jualannya sejak tahun lalu. Bukan itu sahaja, masalah kotak gear DSG juga cuba ditangani sebaik mungkin.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (5)

Berbekalkan semangat itu, VGM kembali mahu bersaing dalam pasaran sedan segmen B menerusi pengenalan Vento. Ya. Model tersebut dikenali sebagai Polo Sedan sebelum ini.

Faham bukan senang untuk menyaingi model-model lain lain lebih establish seperti Honda City dan Toyota Vios, Vento tampil berbeza menerusi tawaran enjin turbo bersesaran 1.2 liter TSI. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (6)

Varian Highline inilah yang sempat saya pandu uji ke Pulau Pinang baru-baru ini. Perlu tahu, VGM menegaskan bahawa pihaknya sudahpun mengenal pasti dan membaiki apa jua masalah berkaitan kotak gear DSG.

Tetapi, jika anda masih kurang yakin dengan ketahanan kombinasi tersebut, jangan bimbang. Anda boleh memilih dua lagi varian Vento iaitu Trendline dan Comfortline. Kedua-duanya menggunakan khidmat enjin MPI 1.6 liter bersama kotak gear automatik enam kelajuan yang terbukti boleh dipercayai.

Jadi, selepas dua hari sesi pandu uji dijalankan, saya ada beberapa poin penting yang mungkin boleh mengubah tanggapan awal anda terhadap Vento Highline 1.2 TSI.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (8)

  1. Reka bentuk

Ini perkara yang subjektif. Kalau tidak, takkan ada orang cakap kereta ini cantik dan  kereta itu buruk. Melihat kepada rekaan luaran Vento, ia jelas menyerlahkan bahasa rekaan Volkswagen yang menekankan reka bentuk ringkas dan timeless.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (17)

Sebenarnya, perubahan fizikal Vento Highline berbanding Polo Sedan tidaklah ketara. Vento Highline kini menerima bampar hadapan dengan rekaan baharu. Penampilan bahagian hadapan diserlahkan lagi menerusi tiga bar horizontal yang diapit oleh lampu utama berbentuk lebih nipis.

Sekali pandang dari jauh, ia kelihatan seperti model Jetta atau Passat. Bahagian belakang pula dilengkapi lampu LED baharu serta kemasan krom pada bampar dan boot lid. Sekali gus membuatkannya kelihatan lebih lebar.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (11)

  1. Ruang kabin yang praktikal

Sebaik sahaja masuk ke dalam kabin, anda akan disambut oleh susun letak dan rekaan papan pemuka yang ringkas, tetapi penuh fungsi. Sebagai varian tertinggi, material yang digunakan memang berkualiti.

Sama ada fabrik pada tempat duduk, kemasan panel sisi atau butang kawalan pada stereng dan papan pemuka, rasanya cukup solid, kemas serta meyakinkan.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (13)

Papan pemuka didatangkan dengan kemasan berwarna perak. Untuk menambah rasa sporty, sedan ini hadir bersama stereng dibalut kulit dengan bahagian bawah yang rata. Keselesaan penumpang belakang tidak diabaikan kerana corong pendingin hawa ada disediakan.

Vento menggunakan sistem audio 320G yang menawarkan ciri-ciri seperti USD, kad SD dan AUX. Dipadankan dengan empat unit pembesar suara, kualiti bunyi yang dihasilkan tidaklah mengecewakan.

Bagi mereka yang sering outstation atau pulang ke kampung, kapasiti kargo yang mencecah 454 liter sudah memadai. Itu belum lagi dicampur dengan ruang untuk anda meletak minuman atau barangan kecil yang boleh didapati di seluruh ruang kabin.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (9)

  1. Prestasi 1.2 TSI dan DSG yang mengujakan

Pandu dulu, baru boleh tahu. Biarpun enjin kecil ini hanya boleh menjana kuasa 105PS dan tork maksimum175Nm, jangan tertipu dengan angka tersebut. Kombinasi itu memang boleh membuatkan anda tersenyum setiap kali pedal minyak ditekan.

Kuasa boleh dirasai serta-merta, langsung tidak rasa turbo lag atau sebagainya. Champion betul kombo ini. Lebih menarik lagi, walapun macam dah tak reti pandu perlahan, penggunaan bahan apinya tetap bagus. Tiba di Pulau Pinang, minyak yang berbaki di dalam tangki masih tinggal lebih daripada suku.

Saya yakin, jika dipandu dengan lebih berhemah, catatan penggunaan bahan api boleh mencapai sekitar 5.5 liter untuk setiap 100km. Masalahnya, dengan keterujaan yang ditawarkannya, memang payah nak pandu perlahan.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (2)

  1. Kualiti pengendalian

Kami sempat menguji keupayaan pengendalian Vento dalam beberapa setting berbeza. Selain merentas lebuh raya dan jalan kampung sebelum sampai ke Pulau Pinang, kejituan pengendalian Vento juga terserlah ketika menaiki laluan berbukit di Balik Pulau.

Tidak cukup? Keesokan harinya, kami dibawa pula ke kawasan parkir Stadium Batu Kawan untuk menguji keupayaan sebenar Vento

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (21)

Berbanding Honda City, Toyota Vios dan Nissan Almera yang turut diuji di sana, Vento nyata cemerlang. Sama ada dari segi kepantasan, kestabilan dan cengkaman (terima kasih kepada tayar yang lebar) Vento dapat mengelak kon yang disusun dengan penuh yakin.

Kesimpulannya, jika anda sedang mencari sebuah kereta di bawah harga RM100,000 tidak salah jika luangkan masa untuk memandu uji Vento. Saya boleh kata bahawa ia mungkin boleh mengubah persepsi anda terhadap sebuah Volkswagen selepas ini.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (19)

Sebelum terlupa. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, VGM ada menawarkan promosi menarik. VGM akan membayar ansuran bulanan Vento anda hingga akhir tahun 2016. Selagi anda mendaftarkan Vento dalam tempoh promosi yang bermula 1 Jun hingga 31 Julai depan (tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads
Back to top button