Buletin

VOLKSWAGEN XL SPORT

Volkswagen hari ini memperkenalkan kereta sports yang dibina berasaskan model XL1.

volkswagen-XL-Sport-mekanika (9)

Dikenali sebagai model konsep XL Sport, jentera tersebut menjadi bukti kepada usaha berterusan Volkswagen dalam menghasilkan kereta sports ringan.

Apa yang menarik ialah XL Sport dikuasakan oleh unit enjin Ducati 1199 Superleggera, motosikal dua silinder paling berkuasa di dunia. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 197hp dan pecutan maksimum 270km/j.   

volkswagen-XL-Sport-mekanika (11)

Hanya 250 unit XL Sport akan dibina. Sama seperti Ducati 1199 Superleggera, XL Sport dibina menggunakan teknologi rekaan magnesium dan karbon ringan atau lebih dikenali sebagai carbon fiber-reinforced polymer (CFRP).

Dengan XL Sport, Volkswagen dan Ducati menunjukkan bahawa pembangunan kenderaan berteknologi tinggi boleh menghasilkan sinergi di antara Volkswagen dan jenama-jenama di bawah naungannya.

volkswagen-XL-Sport-mekanika (3)

Jentera ini dikatakan mempunyai kadar pekali seretan (coefficient of drag, Cd) yang lebih baik berbanding mana-mana kereta sports lain iaitu kira-kira 0.258. kelebihan itu kemudian digabungkan pula dengan chasis yang telah direka semula.

XL Sport juga mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi model yang ke-200 juta dikeluarkan oleh Volkswagen. Angka itu menjadi rekod baharu buat Volkswagen Group yang merupakan pengeluar kenderaan utama di Eropah.

volkswagen-XL-Sport-mekanika (14)

Volkswagan Group dilihat berjaya menggandakan jumlah keluaran kenderaannya dalam tempoh yang agak singkat.  Pada tahun 1999, ia meraikan pengeluaran kenderaan yang ke-100 juta menerusi ulang tahun model Beetle baharu.

Kenderaan-kenderaan Volkswagen kini dihasilkan di 106 kilang di 27 buah negara di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button