
KOLEKSI SHARK HELMETS 2015
Pengeluar topi keledar terkenal, SHARK Helmets semalam memperkenalkan koleksi tahun 2015 yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.
Koleksi tersebut melibatkan rekaan baharu untuk topi keledar siri S700 dan Raw yang cukup popular dalam kalangan pengguna urban.
Siri topi keledar SHARK RAW dihiasi dengan grafik Kurtz. Rekaan yang diinspirasikan daripada corak celoreng tentera itu dihasilkan dengan kemasan matt. Model Kurtz WSA ditawarkan pada harga £209.99 (RM1,108) seunit.
Rekaan paling berwarna-warni dalam siri topi keledar S700 itu ialah Lab High-Vis dan Spring yang fokus kepada pelanggan wanita. Topi keledar dengan pelindung plastik ini turut dipasang sun visor dan memperoleh piawaian empat bintang daripada pihak SHARP.
Warna terang pada model KYA High-Vis sesuai untuk musim luruh. Sementara model Spring WKV berwarna ungu, putih dan hitam didatangkan dengan rekaan yang nampak cukup feminin. Topi keledar ini berharga £169.99 (RM897) seunit.













