,
Buletin

MAZDA MOTORSHOW 2014

Pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor akan mengadakan Mazda Motorshow bertempat di pusat beli-belah 1Utama Oval Concourse LG. 

Mazda-Motorshow-2014-mekanika (1)

Acara tersebut bermula semalam hingga 6 Oktober depan. Para pengunjung boleh melihat secara lebih dekat model-model Mazda yang dipamerkan seperti MPV Mazda Biante, Mazda5, Mazda8, SUV Mazda CX-5, Mazda CX-9, sedan Mazda6, Mazda3 dan trak pikap BT-50.

Selain barangan Mazda, pelanggan yang menempah mana-mana model tersebut layak untuk menerima cabutan bertuah berupa baucar bernilai dari RM500 hingga RM10,000! Baucar-baucar bernilai sehingga RM70,0000 sedia untuk dimenangi.

Mazda2-2015-mekanika (4)

Lebih menarik lagi, Bermaz Motor juga akan mengambil tempahan model kompak Mazda2 secara rasmi. Berdasarkan kepada brosur yang disertakan, Mazda2 dikuasakan oleh unit enjin SKYACTIV-G bersesaran 1.5 liter. Mampu menjana kuasa sehingga 114hp dan tork 148Nm, enjin tersebut dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan SKYACTIV-DRIVE.

Mazda-Motorshow-2014-mekanika (3)

Antara ciri unik yang ada pada Mazda2 termasuklah sistem ketersambungan Mazda MZD Connect, lampu DRL, butang penghidup enjin dan Head-Up Display. Sementara sistem keselamatan pula terdiri daripada Dynamic Stability Control (DSC), Traction Control, dua beg udara dan banyak lagi.

Mazda2-2015-mekanika (2)

Mazda2 SKYACTIV ditawarkan dalam dua varian iaitu sedan dan hatchback dengan anggaran harga bermula RM85,xxx (sedan) dan RM87,xxx untuk model  hatchback.

Harus tahu bahawa semua promosi ini hanya boleh diperoleh sewaktu Mazda Motorshow. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button