Buletin

VOLVO CARS CATAT UNTUNG BESAR PADA 2018, UNTUNG OPERASI LEBIH RM6 BILION!

SHARE

2018 adalah tahun yang gemilang buat Volvo Cars. Buat pertama kali dalam sejarah sejak 1927, syarikat dari Sweden ini berjaya menjual 642,253 unit kenderaan di 100 buah negara.

Jumlah tersebut meningkat 12.4 peratus berbanding tahun 2017.

Prestasi jualan tahun 2018 adalah angka besar untuk sebuah jenama dalam segmen premium.Jumlah tersebut juga membolehkan Volvo Cars mencatatkan keuntungan operasi sebanyak SEK 14.2 bilion (RM 6.24 bilion) pada tahun lalu, meningkat 0.9 peratus berbanding tahun 2017.

Perolehan bersih juga meningkat sehingga 21 peratus kepada SEK 252.7 bilion (RM 111 bilion).

Margin keuntungan operasi setahun penuh ialah sebanyak 5.6 peratus, turun daripada 6.7 peratus pada tahun sebelum.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson, pertumbuhan pendapatan dan jualan adalah baik namun keuntungan terjejas kerana faktor luaran seperti tarif dan persaingan harga yang meningkat di beberapa pasaran.

Berikut ialah model terlaris tahun 2018 dalam portfolio Volvo Cars:

  1. XC60 – 189,459 unit
  2. XC90 – 94,182 unit
  3. V40 dan V40 Cross Country – 77,587 unit
  4. XC40 – 75,828 unit
  5. S90 – 57,142 unit

Berikut pula ialah jualan Volvo Cars mengikut benua dan negara:

  1. Eropah – 317,838 unit
  2. China – 130,593 unit
  3. Amerika Syarikat – 98,263 unit
  4. Pasaran lain – 95,559

Di pasaran tempatan, Volvo turut mencatatkan rekod dengan jumlah jualan sebanyak 1,384 unit pada tahun lalu. Jumlah tersebut meningkat sebanyak 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia adalah hab pengeluaran Volvo serantau dengan kilang yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Pada tahun lalu sejumlah 1,889 unit V40, XC40, S60, V60, XC60 dan XC90 telah dieksport ke pelbagai negara iaitu Thailand, Taiwan, Filipina dan Vietnam.

Volvo Cars dimiliki oleh Zhejiang Geely Holding (Geely Holding) sejak tahun 2010. Untuk tempoh beberapa ketika sehingga 1999 Volvo adalah sebahagian daripada Swedish Volvo Group yang dimiliki oleh Ford Motor Company.

*1 SEK = RM 0.43

BACA: VOLVO XC40 DINOBAT SEBAGAI CAR OF THE YEAR 2018-2019 DI JEPUN

BACA: ADAKAH INI SENI? BANGUNAN POLESTAR INI BERKOTAK MACAM KERETA VOLVO

VOLVO XC90 SERBA BAHARU

Tags
Google ads
Back to top button