
Buletin
LUCID PANGGIL SEMULA MODEL AIR AKIBAT MASALAH SUSPENSI
Baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu, pengeluar EV Lucid mengumumkan kempen panggil semula melibatkan model sedan Air.
Menurut laporan daripada Reuters, ia dikatakan berpunca daripada komponen ‘snap ring‘ pada topang penyerap hentakan hadapan yang tidak dipasang dengan betul oleh pembekal.
Keadaan ini mampu menyebabkan suspensi gagal berfungsi, gegaran pada kenderaan, kerosakan terhadap saluran brek, dan meningkatkan risiko kemalangan.
Sebanyak 203 unit, atau satu peratus sahaja Lucid Air yang terlibat di dalam kempen panggil semula ini, di mana kereta yang terjejas akan memaparkan mesej amaran “Suspension Control Fault. Contact Service Centre”.
Sumber: Reuters







