Buletin

VW BAKAL KELUARKAN CAMPER VAN! BOLEH NAK PUSING DUNIA!

Pada Ogos tahun lalu, Volkswagen ada mempamerkan sebuah projek camper van California XXL yang masih diperingkat konsep. Rupa-rupanya projek tersebut sudah menghampiri realiti apabila VW bakal mempamerkan model produksi buat pertama kali pada acara 2018 Caravan Salon in Düsseldorf  bermula 24 Ogos hingga 2 September depan.

Menurut VW, camper van ini mengikuti reka bentuk sama seperti California XXL concept yang dipamerkan pada tahun lalu. Camper van ini dibina daripada van camper California T6 yang popular dan sesuai sangat dijadikan kenderaan rekreasi atau mengembara serata dunia.

Kemudahan yang terdapat pada van camper VW sama seperti van dalam segmen ini, ada bilik mandi dengan kemudahan tandas, dapur dan tempat tidur yang direka dengan baik.

VW California mempunyai sejarah yang panjang di mana ia dilancarkan pada tahun 1988 dan dibina dari van Bulli generasi ketiga. Projek van besar seperti ini dibuat di bawah Volkswagen Commercial Vehicles sebab ia memang untuk kegunaan komersil pada asalnya. 

Model California sekarang sudah memasuki generasi keenam dan baru sahaja menyambut ulang tahun ke-30 dan juga pengeluaran yang ke 100,000. Kirang California adalah van camper paling berjaya dalam sejarah.

Jika diikutkan berita asal, VW hanya beri gambar lakaran sahaja tetapi selepas dikorek baru jumpa model konsep yang dipamerkan tahun lalu. Memang besar betul, dah macam bas mini.

Selain itu kepada peminat VW Combi, van ini pun bakal dihasilkan tetapi makan masa juga sebab VW rancang hendak perkenalkan dalam bentuk kenderaan elektrik.

Tidak kisah, janji rekaan dan jenama retro biasanya memang sentiasa relevan.

BACA: APA? VELLFIRE? ALPHARD? INI NISSAN NV300 CAMPER

BACA: CAMPERVAN KEICAR – APA LAGI, JOM PERGI JEPUN!

Google ads
Back to top button