Buletin

NISSAN BATAL JUALAN BATERI BERNILAI RM4 BILION KEPADA SYARIKAT CHINA

Nissan dilapor telah membatalkan jualan bateri boleh dicaj semula bernilai RM4 bilion kepada sebuah syarikat China, GSR Capital selepas ia gagal untuk mendapatkan dana pembelian tersebut.

Pada Ogos lalu, Nissan mengumumkan rancangannya untuk menjual Automotive Ebergy Supply Corp (AESC) yang merangkumi kilang-kilang bateri di Amerika Syarikat, England dan Jepun.

Pembatalan saat akhir itu membuatkan Nissan dan rakannya, NEC terpaksa mencari pembeli baru. Proses jualan yang panjang sebelum ini dikatakan menarik minat ramai pembeli memandangkan peningkatan jualan kereta elektrik di China.

Nissan yang mengeluarkan model elektrik LEAF berharap jualan tersebut memberikannya sedikit fleksibiliti untuk mendapatkan bateri lithium-ion daripada pembekal-pembekal lain di China dan Korea. Sekali gus meningkatkan tahap kompetitifnya.

Walaupun penjualan teknologi bateri Jepun kepada syarikat China sangat jarang berlaku. transaksi itu didakwa distruktur bagi membolehkan Nissan mengekalkan kakitangan kejuruteraan dan kepasaran dalam pembangunan teknologi bateri.

Ini bukanlah kali pertama GSR Capital gagal dalam proses pembeliannya. Pada tahun 2015, GO Scale Capital satu dana yang disokong oleh GSR bersetuju untuk membeli satu unit penghasilan lampu daripada Philips pada harga RM12 bilion.

Namun, transaksi tersebut dihalang oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat yang memantau risiko pelaburan. 

Google ads
Back to top button