Buletin

VW BAKAL PERKENAL TRAK PIKAP KONSEP – AWD, POSISIKAN BAWAH AMAROK

Volkswagen dilapor akan memperkenalkan satu model konsep pada acara São Paulo International Motor Show 2018 bulan depan.

Sebagai sebuah trak pikap urban, yang menggabungkan aspek ketersambungan sebuah SUV dengan versatiliti trak pikap.

 

Jentera itu akan diposisikan di bawah model Amarok. Apa yang menarik ialah trak pikap tersebut memiliki ruang mengangkut barang yang inovatif.

Maksudnya, dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna boleh menambah ruang kargo apabila panel belakang model kabin berkembar itu dilipat.

Model yang menggunakan pacuan semua roda itu dibangunkan di atas platform modular transverse matrix (MQB), sama seperti SUV kompak Tiguan.

Model konsep itu dijangka dilancarkan ke pasaran Brazil dengan hanya sedikit perubahan. Jika dilihat sesuai, ia akan dipasarkan ke benua lain juga.

Google ads
Back to top button