Buletin

VW BEETLE CLUB – RM152,888

Volkswagen Malaysia meraikan pelancaran model Beetle Club dalam satu parti eksklusif ‘Welcome to the Beetle Club’ malam semalam di Glenmarie, Shah Alam.

VW-Beetle-Club-mekanika (6)

Sebelum ini, orang ramai sempat melihat Beetle edisi khas itu pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2015.

“Sejak ia berada di pasaran Malaysia 60 tahun lalu, Volkswagen Beetle berjaya mengekalkan reputasinya sebagai sebuah kereta ikonik. Kami akan terus mengujakan para peminat dengan membawakan model-model edisi terhad seperti ini kepada mereka,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller.

VW-Beetle-Club-mekanika (2)

Beetle CLUB memang menyerlah dari segi penampilannya. Daripada rim aloi Ravenna bersaiz 17 inci sehinggalah pelekat dengan tulisan CLUB dan kemasan sisi bersama garis berwarna krom, model ini sememangnya bergaya.

Pada ruang kabin, para peminat fesyen pasti gemar dengan jahitan berwarna oren (Calypso Orange), fabrik tempat duduk CLUB yang eksklusif dan stereng dengan perkataan CLUB.

VW-Beetle-Club-mekanika (7)

Beetle CLUB yang didatangkan dalam warna oren (Habanero Orange) ini boleh didapati pada harga RM152,888 seunit, terhad kepada 50 unit sahaja di Malaysia.

Turut dipamerkan di majlis yang sama ialah Jetta CLUB yang telah dilancarkan pada Mei lalu. Model ini dilengkapi sebuah unit utama multimedia dengan navigasi dan filem tinted.

VW-Beetle-Club-mekanika (5)

Para pelanggan boleh menempah Jetta CLUB yang menarik ini di pengedar sah Volkswagen yang terpilih, selagi stok masih ada. Jetta CLUB kini ditawarkan pada harga RM119,888 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

GALERI

VW-Beetle-Club-mekanika (3)VW-Beetle-Club-mekanika (8)VW-Beetle-Club-mekanika (9)VW-Beetle-Club-mekanika (4)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button