Buletin

WARNA MERAH BAHARU HONDA CITY

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini mengumumkan warna baharu (merah Dark Ruby Red Pearl) untuk model terlarisnya, City.

Honda-City-Dark-Ruby-Red-Pearl-mekanika (1)

Warna baharu itu diperkenalkan selepas satu kaji selidik pasaran dilaksanakan. Ia menunjukkan bahawa pengguna mahukan warna merah sebagai warna baharu City dan dijangka meningkatkan lagi populariti sedan tersebut.

Dengan pakejnya yang lengkap, City dilihat mampu mempertahankan posisinya selaku peneraju kenderaan segmen B. Sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu, sebanyak 55,587 unit City generasi keempat telah terjual.

City menyumbang kepada 41 peratus jualan keseluruhan Honda untuk separuh pertama tahun ini. Kini terdapat lebih 200,000 unit City di Malaysia.

Sedan itu dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC dan dipadankan bersama kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda. City juga dilengkapi pelbagai ciri-ciri yang mendahului kelasnya seperti lapan ruang meletak minuman, paparan audio bersama fungsi MirrorLink (varian V) bersaiz tujuh inci, sistem kemasukan pintar serta banyak lagi.

Honda-City-Dark-Ruby-Red-Pearl-mekanika (3)

Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi enam beg udara (varian V), Vehicle Stability Assist (VSA) (varianE & V), Emergency Stop Signal (varian E & V), Anti-lock Braking System (ABS) dan ISOFIX.

Warna merah itu akan melengkapkan empat lagi pilihan warna City iaitu putih, kelabu, perak dan hitam. Model itu kini boleh didapati di semua bilik pameran Honda di seluruh negara.

Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual sebanyak 300 unit City dengan warna baharu ini. Ia juga optimis bahawa warna tersebut akan diterima baik oleh pelanggan di Malaysia.

Maklumat lanjut,  sila kunjungi mana-mana pengedar Honda, hubungi nombor Tol percuma di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button