Buletin

CAPTUR – CROSSOVER PENUH GAYA

Kepada mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki sebuah SUV urban kompak dan ingin tampil berbeza, tawaran terbaharu daripada Renault ini mungkin sesuai dengan anda.

Renault-Captur-preview-mekanika (25)

Dilancarkan oleh TC Euro Cars baru-baru ini, Renault Captur menjanjikan pemanduan menyeronokkan, prestasi serta pakej keselamatan komprehensif dan penjimatan bahan api yang mengagumkan

Menggabungkan elemen terbaik daripada tiga dunia berbeza, Renault Captur nyata menyerlah berbanding yang lain. Ia menawarkan gayaan ekspresif posisi pemanduan yang tinggi sebuah SUV, ruang kabin modular dan luas sebuah MPV serta kelincahan dan keseronokan pemanduan sebuah sedan kompak.

Renault-Captur-preview-mekanika (6)

Dibina di atas platform sama dengan Clio baharu yang dianggap sebagai penanda aras dalam segmen B dari segi kualiti pemanduannya, Renault Captur mampu memberikan  tahap dinamik terbaik. Bermula dari sudut cengkaman di atas jalan raya dan pengendalian yang lincah, sehinggalah maklum balas enjin serta ciri-ciri pintarnya.

“Captur merupakan penambahan terbaharu dalam rangkaian produk Renault. Ia menampilkan bahasa rekaan insan Renault baharu yang memberi penekanan terhadap manusia.

“Diinspirasikan daripada tiga kata kunci – ringkas, sensual dan hangat – strategi  reka bentuk baharu ini akan membimbing visi jenama ini pada masa depan. Di samping  merintis jalan terhadap model-model yang jelas dan konsisten,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

Renault-Captur-preview-mekanika (3)

Captur memiliki dimensi yang kompak (4.12m x 1.77m x 1.57m). Dengan rim bersaiz 17 inci, ia menyerlahkan sisi sporty. Sementara posisi pemanduan yang tinggi pula menjadikannya setara dengan  beberapa model crossover dan jentera 4×4 dalam segmen berikutnya.

Kedudukan cermin hadapan yang condong memberi penekanan terhadap tarikan dinamik Captur. Sementara dua bahagian lampu belakang dengan posisi horizontal membuatkannya kelihatan lebar dan lari daripada rekaan yang berkotak-kotak.

Renault-Captur-preview-mekanika (12)

Ruang dalaman Captur direka agar mesra penumpang. Bahagian kompartmen dihasilkan supaya kelihatan lebih tersendiri dan kemas. Alas tempat duduknya boleh dibuka supaya ia lebih mudah dicuci. Tempat duduk hadapan gentian jenis bucket dan stereng yang dibalut dengan kemasan kulit berwarna kelabu bertekstur, menonjolkan sisi sporty rekaannya.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin Turbo Control Efficiency atau TCe 120. Enjin moden bersesaran kecil bersama sistem pengecas turbo ini mampu menghasilkan prestasi setara dengan enjin 1.8L konvensional.

Renault-Captur-preview-mekanika (28)

Berupaya menjana kuasa 120hp pada 4,900rpm dan tork puncak 190Nm yang boleh diperoleh pada putaran enjin serendah 2,000rpm, ia a dipadankan dengan transmisi enam kelajuan Efficient Dual Clutch (EDC).

Lebih menarik lagi, crossover ini turut menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 5.4L/100km.

Renault-Captur-preview-mekanika (20)

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, model kompak ini menerima penarafan lima bintang Euro NCAP, empat beg udara, Pelindungan Pejalan Kaki, Electronic Stability Control (ESC), Roll Movement Intervention, Hill Start Assist, ABS, BA dan banyak lagi.

Sejak melakukan debut pada tahun 2013, Captur menjadi salah satu model Renault yang paling popular dan diminati dengan lebih 330,000 unit terjual di peringkat global.  Sejak tahun 2014, crossover urban yang semakin berjaya ini telah menjadi model terlaris dalam segmen SUV bersaiz kecil di pasaran Eropah.

Renault-Captur-preview-mekanika (1)

Anda boleh memiliki Captur pada harga anggaran bermula RM118,000 – RM123,000 seunit. Pelancarannya dijangka pada Q4 2015.

Crossover ini didatangkan dalam empat pilihan warna dua tona iaitu:

  • Oren (Arizona Orange) pada bahagian badan / Hitam (Diamond Black) untuk bumbungnya
  • Biru (Pacific Blue) pada badan / bumbung putih (Ivory)
  • Beige / bumbung hitam (Diamond Black)
  • Putih (Ivory) pada badan / bumbung hitam (Diamond Black)

Renault-Captur-preview-mekanika (23)

Bagi menambah ketenangan minda seperti semua pemilik kenderaan penumpang Renault, selang servis untuk Captur adalah pada setiap 10,000km atau selama setahun. Captur juga hadir bersama jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button