Buletin

VW LANCAR POLO GT SEDAN DI RUSIA

Volkswagen baru-baru ini melancarkan model Polo GT Sedan ke pasaran Rusia.

Polo-GT-Sedan-Russia-2016-mekanika (7)

Berbanding model Polo Sedan biasa, jentera ini dijana oleh unit enjin turbo 1.4 liter bersama ciri penyahaktifan silinder yang diambil daripada model Polo BlueGT.

Enjin berkuasa 150PS itu ditawarkan dengan dua pilihan kotak gear, sama ada manual enam kelajuan atau DSG tujuh kelajuan.

Polo-GT-Sedan-Russia-2016-mekanika (3)

Bagi membuatkan kelihatan lebih sporty, Polo GT Sedan dipasang dengan lampu utama jenis LED  xenon. Bahagian hadapannya diserlahkan menerusi gabungan bampar baharu dan gril dengan corak sarang lebah.

Satu emblem GT turut dilekatkan pada wings hadapan, sama seperti model Golf GTI. Di belakang, terdapat dua paip ekzos, diffuser dan lampu baharu dengan tinted lebih gelap. Rim aloi bersaiz 16 inci melengkapkan lagi penampilannya.

Polo-GT-Sedan-Russia-2016-mekanika (1)

Seperti dijangka, tempat duduknya dibalut fabrik corak tartan. Stereng dan gear shifter nampaknya diambil terus daripada model facelift Polo GTI.

Untuk 300 orang pembeli pertama, mereka akan mendapat jalur hitam dengan cat putih seperti Scirocco GTS.

Google ads
Back to top button