Buletin

ISUZU D-MAX BEAST – 360 UNIT SAHAJA

Jika anda mahu tampil berbeza, tawaran terbaharu daripada Isuzu Malaysia ini memang sesuai untuk anda.

Isuzu-D-Max-BEAST-mekanika (1)

Hanya 360 unit Isuzu D-Max BEAST ditawarkan. Anda boleh memilikinya pada harga bermula RM119,559 untuk varian 4×4 2.5 liter automatik dan RM127,548 bagi model 4×4 3.0 liter automatik.

Model edisi terhad ini menyerlah menerusi kemasan yang kontras dengan warna asas iaitu sama ada putih atau perak.

Isuzu-D-Max-BEAST-mekanika (3)

Di bahagian hadapan, gril berwarna kelabu gelap dan hiasan pada bonet menggantikan kemasan krom. Bampar berwarna hitam matte dengan plat kemasan perak telah ditambah untuk memberikan bahagian hadapan Isuzu D-Max BEAST karekter yang lebih rugged.

Sementara perumah lampu utama berwarna hitam menawarkan ekspresi yang lebih maskular. Lampu nyalaan siang (DRL) LED yang hadir sebagai ciri standard pada Isuzu D-Max BEAST nyata melengkapkan lagi wajah hadapan kenderaan ini.

Isuzu-D-Max-BEAST-mekanika (8)

Dari arah sisi, Isuzu D-Max BEAST kelihatan lebih impresif.  Arca rodanya dipasang dengan kemasan hitam matte. Sekali gus menyerlahkan rim aloi bersaiz 17 inci yang direka secara eksklusif dan dibalut oleh tayar 255/65 R17.

Hendal pintu, roof rail, perumah cermin sisi dan pemijak tepi semuanya berwarna hitam. Badan BEAST turut dilekatkan dengan pelekat eksklusif untuk memberikan kontras yang sempurna.

Isuzu-D-Max-BEAST-mekanika (4)

Isuzu D-Max BEAST hadir bersama pelbagai kelengkapan. Antaranya ialah Claw Bar dengan penutup yang boleh dikunci, aero spoiler penuh gaya dan bed liner.

Pada ruang kabin, tempat duduknya dibalut dengan kulit Itali premium dan disempurnakan dengan warna dua tona. Logo BEAST yang eksklusif disulam pada bahagian penyandar tempat duduk dan karpet lantai.

Isuzu-D-Max-BEAST-mekanika (9)

Manakala panel pemijak kaki besi tahan karat diiluminasi dengan logo LED Isuzu setiap kali pintu dibuka. Kemasan dalaman digantikan dengan tona kelabu yang lebih gelap. Ini memberikan trak pikap tersebut rasa yang lebih premium.

Selari dengan penampilannya yang agresif, sistem audio telah dipertingkatka. Ia kini dilengkapi satu pemain multimedia Kenwood dengan skrin sentuh bersaiz 6.2 inci serta kamera undur.

Isuzu-D-Max-BEAST-mekanika (7)

Amplifier digital Bongiovi yang penuh kuasa membolehkan anda mendengar setiap perincian lagu kegemaran menerusi enam unit pembesar suara dengan ciri bunyi keliling.

“Karekter Isuzu D-Max yang kukuh benar-benar diserlahkan pada rekaan Isuzu D-Max BEAST. Penampilannya yang tersendiri dan ekspresif, digabungkan dengan skim warna kontras nyata menyerlahkan gayanya yang berani dan individualistik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka.

Google ads
Back to top button