Motosikal

VICTORY RR BERSAING DALAM TT 2016

Victory Motorcycles kembali bersaing untuk 2016 Tourist Trophy (TT 2016) dengan motosikal lumba elektrik terbaharunya.

 Victory-RR-TT-race-2016-mekanika (3)

Jentera yang diberi nama Victory RR itu hadir bersama rangkaian kuasa Brammo. TT Zero merupakan perlumbaan kedua yang disertai oleh Victory selepas Pike Peak International Hill Climb.

Tahun lalu Victory mendapat tempat di podium menerusi jentera Empulse RR dan mereka mahu melakukan perkara sama pada tahun ini.

Victory-RR-TT-race-2016-mekanika (4)

Justeru, pasukan R&D Victory telah menambah baik jentera dengan mengintegrasikan teknologi bateri dan rangkaian kuasa daripada motosikal lumba tahun lalu.

Pengurus pasukan Victory Racing, Brian Wismann memberitahu, pek bateri dan casis motosikal ini telah direka semula. RR kini menggunakan kerangka besi trellis.

Victory-RR-TT-race-2016-mekanika (2)

Motor elektrik yang dikenali sebagai Parker GVM, dibangunkan oleh pihak Parker Hannifin itu hanya memiliki diameter lapan inci dan sepanjang 5 inci (20.3 x 12 cm). Namun, ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 174hp dan tork 240Nm.

“Dengan RR, kami merintis jalan dalam menghasilkan bateri yang mampu menawarkan lebih prestasi, jarak dan murah pada untuk kenderaan masa depan. Perlumbaan ini juga membolehkan kami menguji teknologi produk masa depan kami,” jelas Victory.

Google ads
Back to top button