Buletin

VW SCIROCCO FACELIFT

40 tahun lalu, Volkswagen memperkenalkan generasi pertama kereta sports Scirocco di acara Geneva International Motor Show 1974. 

scirocco (8)

Sejak itu, model coupe tersebut dilihat dapat memenuhi ekspektasi pengguna yang mahukan sebuah jentera yang berprestasi dinamik, lincah dan mampu milik. Kini, Volkswagen sekali lagi akan memperkenalkan Scirocco facelift di Geneva pada bulan depan.

scirocco (2)

Sehingga kini, lebih satu juta Scirocco generasi ketiga telah berjaya dijual di seluruh dunia.

scirocco (7)

Scirocco tahun 2014 menerima penambahbaikan dari pelbagai aspek. Antaranya ialah rekaan hadapan dan belakang yang baru, bersama lampu utama H7 atau bi-xenon serta lampu belakang LED. Ruang dalaman pula dilengkapi tempat duduk dan stereng sports yang dibalut kulit.

  scirocco (10)

10 fakta penting mengenai Scirocco baharu:

  1. Rangkaian enjin baharu (92kW hingga 206 kW) yang menawarkan lebih kuasa, tetapi 19 peratus lebih jimat dan menepati piawaian Euro 6.
  2. Enjin 2.0 TSI (132 kW and 162 kW) hanya menggunakan sebanyak 6 liter bahan api bagi setiap 100 kilometer.
  3. Enjin entry-level 1.4 TSI (92 kW), Scirocco hanya memerlukan 5.4 liter minyak untuk setiap 100km.
  4. Memiliki enjin diesel yang paling menjimatkan, enjin Scirocco 2.0 TDI (110 kW) baharu mampu mencatat penggunaan 4.1 liter/100 km.
  5. Scirocco generasi baharu dengan enjin berkuasa 92kW hingga 162kW dan varian Scirocco R (206kW) diperkenalkan secara serentak.
  6. Bahagian hadapan dan belakang menerima gayaan baru. Ini termasuklah logo VW yang boleh dipusing dan berfungsi sebagai hendal untuk membuka but.
  7. Ruang kabin telah diubah suai dengan instrumen auxiliary seperti meter tekanan, chronometer dan suhu minyak enjin yang memberi tribut kepada model asal Scirocco.
  8. Ciri teknikal baharu seperti sistem bunyi Dynaudio  Excite dan sistem bantuan parkir (ParkAssist) yang dibangunkan khas untuk model ini.
  9.  Warna, material dan rekaan rim aloi baharu bersaiz 17, 18 dan 19 inci.
  10.  Bakal dilancarkan ke pasaran Eropah mulai Ogos 2014.

scirocco (9)

Volkswagen menghasilkan Scirocco ini di kilangnya di Lisbon, Portugal. Selepas Eropah, ia bakal menjengah bilik pameran Volkswagen di China, Argentina, Turki, Australia, Rusia dan Korea Selatan.

[hr]GALERI

 scirocco (1)scirocco (5)scirocco (3)scirocco (6)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button