Peranti

ACER LIQUID Z3S

Baru-baru ini, Acer Malaysia memperkenalkan telefon pintar Acer Liquid Z3s ke pasaran tempatan. 

Acer Liquid Z3S  (1)

Acer Liquid Z3s ialah telefon pintar dual-core yang sangat mampu milik untuk kegunaan harian. Hanya seberat 115 gram, ia dilengkapi skrin HVGA bersaiz 3.5 inci (320 x 480) dan kamera berkapasiti lima mega piksel.

Ditawarkan pada harga serendah RM299, telefon kompak tetapi berkuasa ini memang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia membolehkan anda merakam gambar, membuat panggilan, menghantar, menerima mesej dan sebagainya tanpa perlu berbelanja besar.

Liquid-Z3S-red-03

Lebih menarik lagi, telefon pintar itu kini hadir bersama promosi pra-tempahan di laman web storekini.com bermula 14 Februari 2014. Semua pra-tempahan akan diberikan pelindung skrin, ‘cover’ dan kod diskaun secara percuma untuk pembelian seterusnya di laman web tersebut. 30 tampahan terawal juga bakal menerima satu travel adapter.

Untuk membuat pra-tempahan, sila layari laman web: //www.storekini.com/acer-liquid-z3s.html. Acer Liquid Z3s juga boleh ditonton di laman YouTube: http://youtube/EkG09YYvlZQ.

Liquid-Z3S-red-05

Acer Liquid Z3s didatangkan dengan ciri Acer Active Flip yang menawarkan akses pantas kepada home screen sebaik sahaja pelindung dibuka dan begitu juga sebaliknya.

Selain Acer Active Flip, peranti itu dilengkapi beberapa ciri lain seperti Acer Quick Modes dengan UI (User Interface) berbeza seperti Basic Mode, Senior Mode, Classic Mode and Keypad Mode.

Liquid-Z3S-red-12

Ciri lain yang boleh didapati pada Acer Liquid Z3s ialah Acer Float Caller yang membolehkan pengguna tidak diganggu oleh panggilan masuk. Ia juga mengekalkan kebanyakan ciri yang ada pada model Acer Liquid Z3 yang diperkenalkan tahun lepas. Malah saiz, berat, sokongan dua sim kad dan banyak lagi juga ada pada Acer Liquid Z3s.

Liquid-Z3S-red-01

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.acer.com.my atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

[hr]GALERI 

Liquid-Z3S-red-02Liquid-Z3S-red-06Liquid-Z3S-red-08Liquid-Z3S-red-09Liquid-Z3S-red-13

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button