Buletin

BMW 3 SERIES GRAN TURISMO CKD

BMW Malaysia semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan menjadikan model berprestasi tinggi, BMW 3 Series Gran Turismo sebagai model pemasangan tempatan (CKD) ke-14 di Malaysia. 

BMW GT3

Jentera tersebut akan menambah model CKD  BMW yang sebelum ini terdiri daripada BMW 1 Series (116i & 118i), BMW 3 Series (316i, 320d & 328i), BMW 5 Series (520d, 520i & 528i), BMW X1 (sDrive 20i & xDrive20d), BMW X3 (xDrive 20i & xDrive20d) dan MINI Countryman (Cooper Cooper S ALL4).

Mengenai varian BMW 3 Series Gran Turismo yang bakal ditawarkan, BMW Malaysia menyatakan maklumat tersebut akan dikongsi apabila ia hampir dengan tarikh produksi nanti.

BMW 01

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis mengumumkan prestasi jualan tertinggi dalam sejarah BMW Group di pasaran global dan Malaysia untuk tahun 2013.

Sebagai kumpulan automobil premium terbesar di dunia, BMW Group berjaya menjual sebanyak 1,963,798 unit kenderaan di pasaran global pada tahun 2013. Selain mencipta rekod dengan lonjakan sebanyak 6.4% berbanding tahun sebelumnya (2012: 1,845,186). Rantau Asia Pasifik (APAC) pula mencatat peningkatan memberangsangkan (17.3%) untuk rekod keseluruhan sebanyak 575,616 kenderaan.

P90080867

BMW Malaysia mencatat jualan memberangsangkan apabila 7,974 unit kenderaan BMW, MINI dan Motorrad berjaya dijual pada 2013. Ini merupakan  pencapaian tertinggi setakat ini dengan pertumbuhan 14% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (6,988 unit).

Pertumbuhan positif itu dipacu oleh pengenalan model-model baharu. Misalnya, pada tahun 2013 sahaja, BMW Malaysia telah memperkenalkan varian BMW 1 Series, BMW X3 dan MINI Countryman CKD.  

P90124187

“Melalui pelan tahun 2014, BMW Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk mengenal pasti peluang-peluang bagi menambah baik industri automotif di Malaysia,” kata Pengarah Urusan BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

P90142847-highRes

Rangkaian pengedar juga berkembang daripada 16 pengedar BMW dan empat pengedar MINI pada 2012 menjadi 36 pengedar semuanya di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button