Buletin

VW TOUAREG V8 LAST EDITION.400 UNIT SAHAJA. SELAMAT TINGGAL ENJIN V8

Volkswagen (VW) bakal mengucapkan selamat tinggal kepada enjin V8 TDI pada model Touareg.

Sempena keputusan tersebut, pengeluar kereta dari Jerman ini akan memperkenalkan model khas dikenali sebagai V8 Last Edition.

Begitupun, pengeluaran edisi khas ini terhad di pasaran Jerman sahaja. Model terbaharu ini ditawarkan sebanyak 400 unit bakal berada di pasaran pada 17 Ogos ini. Ia dijual pada harga €104,361 (RM514,815).

Touareg V8 Last Edition menawarkan pilihan warna seperti putih (Pure White), merah (Malbec Red), kelabu (Silicon Gray), perak (Antimony Silver) hitam (Deep Black Pear) dan putih mutiara (Oryx White Pearl).

 Jentera terbaharu ini, dilengkapi pakej gayaan R-Line seperti rim berwarna hitam, diffuser dan handel pintu berwarna hitam.

Sentuhan lencana Last Edition serta nombor produksi Touareg terbaharu ini turut ditampilkan pada bahagian pillar B.

Selain itu, pakej pilihan ditawarkan kepada para pelanggan dengan menawarkan lampu depan hadapan LED, kokpit Innovision, casis adaptif dan rim hitam 21 inci Suzuka.

Jentera mendapat khidmat enjin V8 diesel 4.0 liter dilengkapi dua turbocharge ini mampu menghasilkan 415 hp dan tork 900 Nm.

Ia turut dijana sistem pacuan empat roda 4Motion melalui transmisi automatik lapan kelajuan.

Touareg V8 Last Edition mampu memecut 100 km/j dalam 4.9 saat manakala kelajuan maksimum elektronik terhad kepada 250 km/j.

Berikutan penamatan pengeluaran enjin diesel V8, Touareg R akan menggantikan tempat di persada takhta siri model ini dengan enjin petrol V6 TSI 3 liter dan  enjin berteknologi Plug In Hybrid atau PHEV. – carscoops.

Google ads
Back to top button