Buletin

MICHELIN PRIMACY 5 KINI DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM477

Michelin, jenama tayar global yang terkenal dengan inovasi dalam teknologi dan kejuruteraan, kini memperkenalkan MICHELIN Primacy 5 untuk pasaran Malaysia.

Direka khas untuk kenderaan penumpang dan crossover dengan pelbagai jenis enjin, tayar baharu ini hadir dengan slogan “Confidence Made to Last”.

Menggantikan model sebelumnya, MICHELIN Primacy 4, tayar generasi baharu ini menampilkan pelbagai peningkatan ketara dalam aspek keselesaan, keselamatan dan ketahanan.

Berikut adalah beberapa kelebihan utama yang ditawarkan:

Keselesaan Pemanduan yang Dipertingkatkan
Teknologi MICHELIN Silent Rib Gen-3 digunakan bagi mengurangkan bunyi dan gegaran ketika pemanduan, memberikan pengalaman yang lebih lancar dan senyap.

Dengan reka bentuk corak bunga tayar baharu, tayar ini menawarkan perjalanan yang lebih selesa dan santai untuk pemandu serta penumpang.

Ketahanan yang Luar Biasa
MICHELIN Primacy 5 direka untuk tahan lebih lama dengan jarak perjalanan 24 peratus lebih jauh berbanding jenama premium lain.

Ini dicapai menerusi nisbah lowong yang lebih tinggi, bersama teknologi MaxTouch yang membantu mengagihkan daya pecutan, brek dan selekoh secara sekata, memastikan pemakaian tayar lebih sekata serta tahan lama.

Cengkaman Optimum di Jalan Basah
Keselamatan ketika hujan dipertingkatkan dengan teknologi EverGrip dan EverTread, yang berfungsi untuk menyalirkan air dengan lebih efisien, sekali gus mengurangkan risiko gelinciran.

Malah, jarak membrek di jalan basah lebih pendek sebanyak 8 peratus ketika baharu dan 13 peratus apabila haus, memberikan kawalan pemanduan lebih baik dalam cuaca tidak menentu.

Sesuai untuk Kenderaan Elektrik (EV)
Mengambil kira trend mobiliti moden, MICHELIN Primacy 5 turut direka agar mesra kenderaan elektrik dengan rintangan gelinciran 13 peratus lebih rendah.

Ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan tenaga, malah memanjangkan jangka hayat bateri EV untuk perjalanan lebih jauh.

Selain prestasi unggul, tayar ini juga dibangunkan dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar. Dengan rintangan gelinciran ditambah baik sebanyak 5 peratus dan jangka hayat meningkat 18 peratus, tayar ini membantu mengurangkan sisa buangan dan penggunaan sumber.

Malah, kesan alam sekitar dalam pengeluarannya juga dikurangkan sebanyak 6 peratus.

MICHELIN Primacy 5 kini boleh didapati di Malaysia dalam 25 saiz, dari 16 hingga 19-inci, melalui pengedar sah Michelin di seluruh negara.

Untuk model 18-inci dan ke atas, tayar ini turut menampilkan reka bentuk dinding sisi dengan kemasan jalur baldu yang elegan.

Harga jualan disyorkan bermula dari RM477 hingga RM1,026, bergantung pada saiz yang dipilih.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button