Buletin

JEEP WRANGLER TUJUH KERUSI

Hasil modifikasi seunit Wrangler di Las Vegas ini pasti menarik perhatian anda.  Wrangler berkenaan telah diubah suai menjadi enam pintu dengan tujuh tempat duduk. 

jeep-wrangler-7-seater (1)

Versi berkenaan mampu memenuhi kehendak mereka  yang merasakan akses empat pintu masih tidak mencukupi.

Tentunya, penggunaan rim berwarna biru sudah cukup membuatkan trak itu tampil menarik. Berdasarkan laporan Autoevolution, jentera berkenaan adalah hasil sentuhan bengkel aksesori automotif Las Vegas, Swat Motorsport.

Swat Motorsport telah melakukan penambahan badan pada bahagian tengahnya. Penambahan dimensi itu dimanfaatkan bagi memberikan kapasiti ruang tiga barisan kerusi.

Sementara, bahagian belakang kekal sebagai ruang bagasi seperti model asal Wrangler. Wrangler dengan bumbung terbuka ini tidak lagi mempunyai tingkap.

Jika melihat ukuran Wrangler asli, ia memiliki ukuran 4.2 meter dan menggunakan sistem pacuan empat roda. Namun,  menerusi modifikasi  dengan tambahan dimensi panjang tentunya  Swat Motorsport melakukan talaan pada rodanya.

Bahagian mekanikal, Swat Motorsport tidak mendedahkan perincian enjin yang digunakan.  Bagaimanapun, tentunya kuasa perlu dipertingkatkan. Berikutan penambahan berat badan jentera, dimensi lebih panjang dan penggunaan tayar berdiameter besar.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button