Artikel Pilihan

ASAL USUL NAMA ‘JEEP’ – SINGKATAN ATAU MEMANG DAH NAMA SEBENAR?

Nama Jeep memang sangat terkenal dan ikonik di seluruh dunia. Tapi yang peliknya asal usul nama Jeep ni masih lagi satu misteri dan syarikat Jeep sendiri tidak pernah menceritakan tentang asal usul nama tersebut. Yang ada hanyalah beberapa teori dan spekulasi tentang asal usul nama Jeep ni. Punyalah popular sampai dah jadi satu kategori pulak dalam geran JPJ. Kira macam Hilux la Jeep ni, asal trak pikap je mesti panggil Hilux.

Teori pertama: Callsign dalam tentera

Seawal Perang Dunia Pertama dan sejak kemunculan Willys MB dalam tahun 1941, kebanyakan tentera baharu dan kenderaan yang belum diuji diberi nama gelaran “jeeps” oleh orang-orang lama. Nama itu akhirnya ‘melekat’ dan digunapakai pada kenderaan ringan kegunaan tentera.

Teori kedua: Kenderaan General Purpose (GP)

Satu lagi teori merujuk kepada kenderaan tentera terawal keluaran Ford yang dinamakan GP ataupun General Purpose. Bunyinya pun dah dekat-dekat macam Jeep tapi ramai juga yang tak setuju dengan teori ini.

Teori ketiga: Eugene the Jeep

Ini teori paling menarik dan agak popular. Nama Jeep dikatakan berasal dari siri kartun Popeye the Sailorman yang sangat popular satu ketika dahulu. BBNU sahih tak pernah dengar ni. A tentang seorang pelayar bernama Popeye yang akan bertukar menjadi gagah dengan memakai setin sayur bayam.

Popeye dan isterinya Olive mempunyai seekor binatang peliharaan yang merupakan kacukan anjing dan kucing dengan hidung panjang yang diberi nama Eugene the Jeep. Watak Eugene digambarkan sebagai mampu bergerak ke mana sahaja dan boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan. Bunyi dah hampir sama dengan motto Jeep kan?

Mungkin juga askar-askar Amerika dahulu sukakan siri kartun ini dan memilih nama Jeep yang melambangkan keupayaan untuk bergerak ke mana sahaja sebagai gelaran kepada kenderaan ringan terbaru mereka.

Itulah antara teori tentang asal-usul nama Jeep. Korang rasa yang mana satu betul?

Google ads
Back to top button