Buletin

STELLANTIS MALAYSIA BAKAL BAWA MASUK JENAMA EV MAMPU MILIK LEAPMOTOR

Stellantis Malaysia hari ini mengesahkan bahawa ia bakal membawa semula jenama Jeep dan juga Citroen ke pasaran tempatan.

Lebih menarik, turut didedahkan adalah perancangannya untuk tahun 2024 di Malaysia iaitu bakal memperkenalkan jenama kenderaan elektrik (EV) mampu milik, Leapmotor.

Menurut laporan, model yang dikhabarkan bakal diperkenalkan disini adalah hatchback elektrik T03.

Untuk rekod, Leapmotor telah menjual kereta di China sejak 2018 dengan barisan model semasanya terdiri daripada empat kenderaan iaitu C10 dan C11 crossovers, C01 sedan dan T03 hatchback.

Pada 2023, Leapmotor menjual lebih 144,000 kereta elektrik di pasaran China.

Leapmotor T03, ia adalah kereta bandar kecil dengan dimensi 3,620/1,652/1,605mm dan jarak roda 2400mm.

Dari segi kuasa, ia mempunyai tiga varian e-motor iaitu 40kW, 55kW dan 80kW.

Ia juga tersedia dengan tiga pilihan bateri untuk 21.6kWj, 31.9kWj dan 41.3kWj, menawarkan jarak gerak hingga 200 – 403km.

Untuk harga pula, hatchback elektrik T03 diberi tanda AS$6,900 – 12,425 (RM32,750 – RM58,972) di pasaran China.

Perkembangan berkaitan, jenama yang bakal memasuki pasaran negara kita adalah Jeep, akan akan memenuhi segmen gaya hidup rekreasi dan premium selain, sudahpun mengesahkan bahawa versi EV untuk Peugeot 2008 iaitu e-2008 bakal dilancarkan di Malaysia pertengahan tahun ini.

Menurut COO Stellantis untuk ASEAN dan pengedaran am Daniel Gonzalez, Stellantis bagaimanapun masih belum menetapkan harga untuk model tersebut.

Tambahnya lagi, model e-2008 harus dibezakan dengan model-model EV Leapmotor, di mana ia akan diletakkan pada segmen lebih mampu milik.

Selain daripada jenama Leapmotor dan Jeep, Stellantis juga mendedahkan kehadiran jenama ikonik lain seperti Citroen untuk pasaran massa.

Bukan itu sahaja, Stellantis Malaysia turut  mempertimbangkan kuntuk membawa masuk beberapa jenama lain seperti Alfa Romeo, Chrysler, DS Automobiles, Dodge, Fiat, Maserati, Opel, Vauxhall, serta memperkenalkan perkhidmatan sewa kenderaan Leasys dan perniagaan perkongsian kenderaan Free2move.

Dalam laporan yang sama, Stellantis dijangka akan melancarkan model crossover sedan Peugeot 408 di Malaysia Autoshow tahun ini.

Google ads
Back to top button