Artikel Pilihan

JEEP WRANGLER PALING KURUS DI DUNIA DITEMUI – BANYAK DUIT LEBIH NI

Jeep Wrangler memang dikenali ramai sebagai antara kenderaan off-road yang paling ikonik. Ia sudah diubahsuai dengan pelbagai cara tapi seorang pemilik Wrangler JK memilih pengubahsuaian yang paling unik setakat ini. Bayangkan badan dan chasisnya dipotong di bahagian tengah sebelum disambung kembali menjadikannya sangat ‘ramping’.

Wrangler pelik ini ditemui seorang jurugambar bernama Mohamed Saber yang kemudiannya telah memuatnaik gambar-gambar Jeep kurus ini di Instagram. Gambar-gambar dan video menunjukkan yang ini ialah sebuah Jeep sebenar dan bukannya hasil janaan CGI.

Memang pada awal yang yang menyangkakan ia adalah imej janaan komputer. Ye lah, mana pernah ada Wrangler yang sedikit lebar berbanding motosikal dan mampu berpusing dengan lebih baik berbanding Renault Twizy.

Sebahagian besar bahagian tengah Wrangler telah dipotong membuatkan banyak bahagian terpaksa diubahsuai. Gril ikonik Jeep di hadapan terpaksa dibuang dan lampu utama dirapatkan antara kiri dan kanan. Sekali tengok macam lubang hidung khinzir kan? Tapi jangan bimbang yang ni bukan najis mughallazah. Tak payah samak kalau tersentuh.

Bahagian turut berubah kerana pemandu kini berada di bahagian tengah. Hanya satu penumpang boleh dibawa dalam satu masa dan tempat duduknya berada di belakang tempat duduk pemandu. Macam jet pejuang gitu. Tayar gentian masih ada di belakang dan memang nampak kelakar.

Menariknya Jeep kurus ni masih menggunakan enjin 3.6 liter Pentastar V6 asal. Bayangkan badan yang kurus tapi mempunyai 280 hp kuasa maksima. Boleh terbalik oo kalau membelok dengan laju. Pusat graviti memang dan tak stabil. Namun tak payah bimbang sangat sebab pemilik buat projek ni hanya sebagai hobi. Bukan nak masul perlumbaan ataupun acara 4×4. Peduli apa dengan praktikaliti.

Menariknya pemilik Wrangler ini turut mempunyai sebuah Wrangler lain yang terlebih lebar. Ooo…dia memang suka kumpul Wrangler pelik-pelik rupanya. Abang ni mampu pakai seluar jean Wrangler bundle je.

Youtube video
Google ads
Back to top button