Buletin

YAMAHA NMAX 125 TECH MAX MENANG ANUGERAH RED DOT 2025!

Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan skuter urban NMAX 125 Tech MAX, memenangi Anugerah Red Dot: Product Design 2025.

Anugerah ini tahun ke 14 berturut turut produk Yamaha Motor diiktiraf dengan Anugerah Rekaan Red Dot.

Anugerah Red Dot, yang dianjurkan oleh Design Zentrum Nordrhein Westfalen dari Jerman, adalah salah satu anugerah reka bentuk yang diiktiraf di peringkat global.

Kemenangan ini mencerminkan kualiti reka bentuk NMAX 125 Tech MAX.

Yamaha NMAX 125 Tech MAX (Versi Eropah):

NMAX 125 Tech MAX merupakan model premium dan versi terkini daripada siri NMAX yang mula ditawarkan pada tahun 2015.

Ia mengekalkan ciri-ciri siri MAX yang popular di Eropah dan Jepun dengan gabungan gaya dan karakteristik tunggangan sporti dalam saiz yang kompak.

NMAX 2025 direka sebagai skuter komuter sport terbaik yang menyeronokkan, dengan saiz yang dioptimumkan untuk tubuh manusia, membolehkan ia ditunggang seolah-olah lanjutan daripada badan penunggang.

Untuk mempertingkatkan lagi NMAX, yang merupakan model paling mesra pengguna dalam siri MAX, Yamaha mengambil tema ‘Condensation of Elements’.

Melalui tema ini, Yamaha meningkatkan keselesaan dan kemudahan penunggang, di samping saiz badan lebih kompak melalui penggunaan lampu LED kecil di hadapan dan belakang, serta meter TFT baharu.

NMAX 125 Tech MAX yang menerima anugerah ini adalah versi premium dengan pelana dan skema warna yang berbeza berbanding model standard.

Ciri ciri Utama:

Yamaha NMAX 125 Tech MAX dilengkapi dengan beberapa ciri yang memberi tumpuan kepada fungsi dan kemudahan:

  • Reka Bentuk Berinspirasi MAX Dinamik: Penekanan pada rupa dinamik yang konsisten dengan siri MAX Yamaha.
  • Lampu Depan Dwi Projektor: Lampu depan baharu dengan lampu LED untuk pencahayaan.
  • Lampu Belakang LED: Sistem pencahayaan belakang LED yang bersepadu.
  • Kluster Instrumen TFT Penuh Warna 4.2 inci: Paparan pelbagai fungsi yang menyediakan akses kepada maklumat navigasi Garmin (ketersediaan mungkin berbeza) dan ketersambungan telefon pintar.
  • Pelana Tech MAX Eksklusif: Pelana dengan kemasan kulit hitam, jahitan emas, dan jahitan suede.
  • Sistem Start & Stop: Sistem yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api dengan mematikan enjin apabila berhenti.
  • Roda 13 inci dengan Brek Cakera ABS: Dilengkapi dengan roda ringan dan sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS.
  • Pengecas USB C dan Poket Depan: Penyimpanan yang praktikal dengan pilihan pengecasan USB C.
  • Sistem Pencucuhan Smart Key (Kunci Pintar) Tanpa Kunci: Membolehkan operasi tanpa kunci.

Enjin dan Kuasa:

NMAX 125 Tech MAX dikuasakan enjin bersesaran 125 cc, 4 lejang, SOHC dengan 4 injap.

Enjin ini menghasilkan kuasa 12.2 ps dan tork maksimum 11.2 Nm dan mematuhi peraturan emisi EURO5+.

Harga di UK:

  • NMAX 125 Tech MAX Ceramic Grey: £3,901.00 (RM 22,382.49)
  • NMAX 125 Tech MAX Dark Magma: £3,901.00 (RM 22,382.49)

(Nota: Kadar penukaran digunakan adalah 1 GBP = RM5.73691)

Spesifikasi Teknikal Yamaha NMAX 125 Tech MAX (Versi Eropah):

Enjin:

  • Jenis Enjin: 4 lejang, Cecair Sejuk, SOHC, 4 injap
  • Sesaran: 125 cc
  • Diameter x Lejang: 52.0 x 58.7 mm
  • Nisbah Mampatan: 11.2:1
  • Kuasa Maksimum: 12.2 ps @ 8,000 rpm
  • Tork Maksimum: 11.2Nm @ 6,000 rpm
  • Sistem Pelinciran: Wet Sump
  • Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api
  • Sistem Pencucuhan: TCI
  • Sistem Penghidup: Elektrik
  • Sistem Transmisi: V Belt Automatik
  • Penggunaan Bahan Api: 2.2 L / 100 km

Chasis:

  • Suspensi Depan: Fork Teleskopik
  • Brek Depan: Brek Cakera Tunggal Hidraulik – ABS
  • Brek Belakang: Brek Cakera Tunggal Hidraulik – ABS
  • Tayar Depan: 110/70 13 (M/C) 48P Tanpa Tiub
  • Tayar Belakang: 130/70 13 (M/C) 63P Tanpa Tiub

Dimensi:

  • Panjang Keseluruhan: 1,935 mm
  • Lebar Keseluruhan: 740 mm
  • Tinggi Keseluruhan: 1,200 mm
  • Tinggi Pelana: 770 mm
  • Jarak Roda: 1,340 mm
  • Kelegaan Bumi Minimum: 125 mm
  • Berat Basah: 132 kg
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 7.1 liter
Google ads
Back to top button