
YAMAHA Y15ZR SE RASMI DILANCARKAN, AERO KIT EKSKLUSIF, 15.6HP, HARGA BERMULA RM9.4K
Hong Leong Yamaha Motor hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR SE yang didatangkan dalam warna baharu dan AERO KIT eksklusif untuk penampilan lebih sporty.
Model ini juga dilengkapi dengan meter jenis LCD digital manakala lampu utama hadapan pula adalah unit LED serta diserlahkan lagi melalui rim 17-inci, dengan tayar 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang.
Perincian lain Y15ZR SE termasuklah berat keseluruhan 117 kg, tinggi tempat duduk 780 mm, fork teleskopik hadapan, monoshock di belakang, pemula enjin elektrik dan mempunyai tangki isi bahan api berkapasiti 4.2 liter.

Yamaha Y15ZR SE dikuasakan oleh enjin silinder tunggal SOHC bersesaran 150cc dengan sistem penyejukan cecair.
Mematuhi piawaran Euro 4, enjin berkenaan berupaya menghasilkan kuasa 15.6hp dan tork 14.4Nm pada 6,500rpm.
Yamaha Y15ZR SE boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula dari 15 Ogos 2023, pada harga RM9,498.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.
Pemilik baharu Yamaha Y15ZR SE boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100 bagi setiap pembelian.
GALERI:








- BACA: YAMAHA Y15ZR DAPAT WARNA BAHARU. HARGA NAIK SIKIT BERMULA RM8,988
- BACA: YAMAHA EGO GEAR KINI TERIMA PILIHAN WARNA BAHARU – KUNING, BIRU DAN HIJAU, HARGA BERMULA RM5.9K
- BACA: YAMAHA XMAX 250 2023 TIBA DI MALAYSIA – NAVIGASI GARMIN, 22.5HP, HARGA BERMULA RM23K
- BACA: LEGO TECHNIC PERKENALKAN YAMAHA MT-10 SP, HARGA RM990



