YAMAHA Y15ZR DAPAT WARNA BAHARU. HARGA NAIK SIKIT BERMULA RM8,988
Hong Leong Yamaha hari ini mengumumkan ketibaan warna baharu iaitu kuning, perak, hijau matt dan oren untuk kapcai popularnya, Yamaha Y15ZR.
Motosikal itu akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 7 Disember dengan harga terkini RM8,998 seunit (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Harga itu sebenarnya naik sedikit daripada RM8,498 yang ditawarkan sebelum ini.
Dengan setiap pembelian, pelanggan akan menerima kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100.
Jentera berkenaan masih menggunakan khidmat enjin silinder tunggal SOHC bersesaran 150cc dengan sistem penyejukan cecair. Mematuhi piawaran Euro 4, enjin itu mampu menghasilkan kuasa 15.6hp dan tork 14.4Nm pada 6,500rpm.
Kapcai itu menggunakan suspensi jenis fork teleskopik di depan dan lengan ayun di belakang. Kedua-dua roda dipasang dengan brek cakera untuk menawarkan lebih keselamatan.
GALERI